Ustaz Yahaya 310819

Kuliah Maghrib

✓ Hari ini rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 62. Bagi orang yang beriman merdeka mungkin berbeza aspeknya.

✓ Merdeka bagi orang beriman adalah kebebasan daripada dibelenggu oleh kuasa manusia kepada hukum yang paling adil iaitu hukum Allah SWT.

✓ Ramai manusia hidupnya didunia ini berasaskan materialistik semata mata. Dunia memerangkapnya dengan kehidupan yang tidak kekal bahagianya. Mereka tidak ada visi hidup sesudah mati.

✓ Bagi orang yang beriman hidup didunia ini adalah jambatan kepada hidupnya sesudah mati. Alam akhirat yang diimpikan. Mengharap Allah SWT merahmati segala usaha untuk melepasi ujian NYA di dunia ini dengan ganjaran syurga. Serta menjauhi dirinya daripada siksaan api neraka.

✓ Kehebatan syurga yang diimpikan adalah selepas hidup didunia ini dapat hidup didalamnya yang mana dia dapat melihat dan bersama dengan Allah SWT setiap hari. Kembali ke rahmatullah.

✓ Kehidupan didunia ini bagi orang beriman merupakan satu tempat yang diuji. Boleh disamakan dengan kehidupan didalam penjara. Satu andaian seperti dunia ini adalah penjara kepada rohani kita.

✓ Semasa hidup didalam dunia ini manusia perlulah berusaha untuk menjalankan segala perintah Allah SWT. Serta dijauhi daripada segala lanranganNya. Bersungguh sungguh menjalankan amal soleh supaya kerohanian kita ini bersih serta diredhai Allah SWT. Amalan ini sebagai satu usaha untuk menanggalkan segala sifat materialistik untuk memperkukuhkan kerohanian diri supaya semakin dekat dengan Allah SWT.

✓ Allah SWT yang maha mengasihani telah memberikan pelajaran kepada manusia supaya berusaha untuk menuju kepada NYA. Bagi setiap tamadun dilantik Rasul dan Nabi untuk memimpin mereka. Bagi orang Islam, Rasulullah SAW merupakan contoh yang sempurna bagi orang mukmin beramal disetiap sudut kehidupannya. Siapa yang mengamal sunnah Baginda SAW maka ia akan berjaya melepasi ujian hidup didunia ini serta mendapat syafaat Rasulullah SAW diakhirat nanti.

✓ Dizaman moden ini terdapat ramai para ulama'yang menjadi penyambung kepada usaha dakwah Baginda SAW. Mengajak manusia kejalan yang diredhai Allah SWT. Serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang tidak diredhai NYA.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809