Ustaz Mohd Zamri Unisel 220819

Kuliah Maghrib

✓ Umat Islam hendaklah bersatu. Berjemaah itu tujuannya adalah untuk menyatu padukan ummat bersolat bersama sama.

✓ Berdakwah memerlukan berterus terang. Terutama didalam hukum hakam didalam syariat Islam.

✓ Ahli Sunnah Waljamaah merupakan satu-satunya golongan yang berpegang kuat dengan prinsip agama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

✓ Diakhir zaman ini umat Islam berpecah belah. Berbagai kumpulan. Ada hadith yang menyatakan perpecahan sebanyak 72 kumpulan. Yang benar adalah golongan Ahli Sunnah Waljamaah.

✓ Jemaah Islam bermula daripada kepimpinan negara dan masyarakat. Pemimpin yang baik, disayangi oleh masyarakat. Mengerjakan solat berjemaah terutama solat subuh bersama sama masyarakat.

✓Contoh kepimpinan yang baik dinegara Islam adalah Kerajaan Turki. Presidennya dihormati rakyat kerana kuat menegakkan Islam. Pemimpin perlulah jujur didalam apa sahaja janji.

✓ Didalam bab perniagaan umat Islam perlulah menegakkan hukum hakam bab jual beli. Memastikan barangan yang halal. Perlulah orang Islam menyokong barangan buatan industri mukmin.

✓ Didalam negara Islam kekuatan 'purchasing power' terletak ditangan ummah. Sekiranya jemaah menggunakan kuasa ini maka akan suburlah kekuatan ekonomi masyarakat Islam.

✓ Para jemaah perlulah ikhlas didalam menjalankan amalan soleh. Ingatlah bahawa apa sahaja amalan kita hendaklah dilakukan kerana Allah SWT. Jika ini dilakukan oleh ummah maka akan kuatlah umat mukmin. Akan berjaya didunia dan akhirat.

✓ Para jemaah perlulah bersatu hati untuk menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat mukmin. Terutama orang orang yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Tanggungjawab ahli kariah masjid adalah menjalankan khidmat masyarakat kepada yang memerlukan.

✓ Amalan yang diulang-ulang didalam Al Quran adalah solat dan membayar zakat. Ini merupakan amalan yang akan membina kekuatan iman sesaorang mukmin. Mengamarah masjid adalah satu amalan yang membina kekuatan masyarakat. Menambah ilmu dan kefahaman ummah. Berjemaah di masjid membina kekuatan ummat.

✓ Para sahabat Rasulullah SAW sentiasa patuh akan segala perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kehebatan generasi awal mukmin adalah kerana mereka bersungguh sungguh didalam menjalankan hukum Allah SWT. Tidak bersoal jawab. Buat dengan segera. Mereka yakin bahawa Allah SWT lebih tahu...

✓ Islam adalah agama yang benar. Tuntutan nya adalah mudah. Tetapi manusia diakhir zaman ini memang sudah hendak menerima ajaran Islam. Dan lemah menjalankan amalan yang diwajibkan.

✓ Iblis dihalau daripada syurga kerana enggan sujud hormat kepada Nabi Adam. Sikap sombong. Merasa hebat. Hingga sanggup melanggar perintah Allah SWT. Ingatlah umat manusia janganlah berlaku sombong didalam hidup ini.

✓ Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914