Ustaz Azmi 160819

Kuliah Maghrib

✓ Semua orang yang hidup adalah makhluk yang didalam perjalanan. Dimana destinasinya adalah pertemuan dengan Allah SWT.

✓ Allah SWT juga memberi petunjuk kepada semua manusia. Satu agama yang diredhainya. Yang lain adalah palsu. Agama atau deen itu adalah Islam.

✓ Diberi agama Islam kepada semua manusia semasa Allah SWT meniupkan roh kedalam jasad.

✓ Dihari akhirat kelak segala amalan kita akan datang kepada kita untuk membantu. Yang akhir sekali yang datang kepada kita dihari akhirat nanti adalah agama Islam. Adakah Islam itu cantik atau Islamnya cacat. Adakah amalannya mengikut sunnah, Al Quran dan ijmak para ulama'.

✓ Contoh amalan yang cacat adalah amalan Syiah. Agama Islamnya telah cacat kerana tidak mengikut aliran sunnah wal jamaah.

✓ "Bahawasanya Bani Israil [Yahudi] berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sabahatku".
 (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)

✓ Selepas Rasulullah SAW wafat. Mulalah munculnya golongan yang telah menyelewengkan ummah. Yang mula sekali adalah golongan Syi'ah. Yang tidak menerima Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Setelah itu banyak lagi golongan yang lain. Sehinggalah pada 270 tahun selepas baginda wafat barulah muncul golongan Sunnah Waljamaah.

✓ Golongan Sunnah Waljamaah ini memperbetulkan penyelewengan yang terjadi didalam ummah. Selepas muncul dan tersebar luas ajaran inilah yang meningkat tinggi nya tamadun Islamiah.

✓ Tetapi jatuhnya Khakifah Osmaniah diturkey selepas perang dunia pertama maka makin kembali golongan golongan yang sesat. Yang menyeleweng daripada ajaran Sunnah Waljamaah. Seperti fahaman liberalisme, pluralisme, dan sekularisme.

✓ Semoga umah dilindungi Allah SWT daripada kesesatan.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914