Ustaz Ma'had Tahfiz 260819

Kuliah Maghrib

✓ Rasulullah SAW berpesan kepada Omar bin Salamah adab makan. Bermulalah dengan Basmallah.

✓ Sahabat Baginda SAW Abu Salamah dan isterinya  Ummu Salamah berkorban yang cukup besar ketika berhijrah ke Madinah. Terpaksa berpisah dengan anak anak mereka kerana menegak Islam.

✓ Setelah Abu Salamah meninggal dunia isterinya dikahwinkan dengan Rasulullah SAW.

✓ Anak tiri Baginda SAW bernama Zainab Abu Salamah hidup panjang. Tetapi hingga usia yang tua dia tetap anggun dan cantik. Ini kerana Rasulullah SAW telah meringgiskan air keatas wajahnya. Ini merupakan satu daripada mukjizat Baginda SAW.

✓ Ada para sahabat yang bersentuh kulit dengan Rasulullah SAW. Kewangian peluh Baginda melekat keatas kulitnya. Baunya lebih wangi daripada kasturi. Keharuman itu kekal hinggalah dia meninggal dunia.

✓ Sahabat Anas Abdul Malik didoakan Rasulullah SAW agar Allah SWT melapangkan rezki, memperbanyak anak cucu dan panjang umur. Dia merupakan sahabat yang terakhir hidup, mempunyai harta yang banyak dan ramai anak cucunya. Ini juga merupakan mukjizat Baginda SAW.

✓ Bagi orang yang beriman perlulah selalu membaca salawat keatas Baginda SAW. Agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809