Ustaz Shamsuddin 120223

Kuliah Subuh

• Kehidupan didunia ini seseorang itu pasti akan merasa susah dan senang.

• Bila merasakan kesenangan maka sesaorang itu merasa gembira. Dan sebalik jika ditimpa kesusahan maka dia akan rasa sedih.

• Realitinya susah dan senang itu terletak didalam hati. Bila tidak ada konflik diantara hati dan suasana maka tentu tidak akan ada rasa sedih, gundah dan sebagainya.

• Susah dan senang datang dari hati sanubari. Jika hati yakin yang apa sahaja yang terjadi telah ditentukan oleh Allah SWT, maka tentulah tidak ada rasa sedih dan gundah.

• Jiwa yang cinta dengan pemiliknya tentulah dia dapat menerima akan apa sahaja yang terjadi. Dia yakin bahawa apa sahaja yang datang daripada Allah SWT tentulah baik kesudahannya.

• Sesaorang yang tingkatan imannya tinggi, seperti orang- orang yang soleh pasti merasa cinta kepada Allah SWT. Dia Tuhan yang maha penyayang. Dia Tuhan yang maha pemurah. Segala yang dijadikan NYA adalah yang terbaik. Ditakbir NYA dengan teliti dan lemah lembut. Begitulah Allah SWT mencintai akan hamba NYA.

• Orang yang soleh akan merasa sedih dan susah jika hatinya tidak melihat akan kebesaran dan kemuliaan Allah SWT.

• Jika terjadi sesuatu tragedi maka hati yang tidak melihat akan Allah SWT pasti akan merasa susah dan gundah.

• Tetapi jika hati yang dapat melihat apa sahaja yang terjadi pasti datang daripada Allah SWT. Tentulah yang datang daripada Allah SWT pastilah yang terbaik.

• Pandangan nafsu melihat sesuatu kejadian hanya didalam aspek duniawi sahaja. Nafsu melindungi hati dari melihat kekuasaan Allah SWT. Jadi hati yang dipandu nafsu jika tidak mendapat keuntungan duniawi akan merasa sedih dan gundah. Sebaliknya dia merasa senang dan gembira jika mendapat keuntungan duniawi.

• Nafsu membuat sesaorang merasa susah untuk melihat kebaikan untuk melakukan ibadah. Maka ibadah jadi susah. Tidak melihat akan cinta Allah SWT akan hamba-Nya. Nafsu menghalang hati untuk mencintai Allah SWT.

• Hati yang dipandu oleh nafsu akan merasa sedih jika tidak mendapat keuntungan duniawi. Tetapi hati yang dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT tidak memandang sesuatu kejadian daripada aspek duniawi tetapi banyak melihat dari aspek akhirat. Mereka tahu kehidupan akhirat itu lebih dari kehidupan duniawi.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914