Ustaz Dr Nizam

Kuliah Subuh

• DOA BULAN REJAB
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
"Ya Allah, Berikanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan."
[HR Baihaqi]

• Ada pandangan yang mengatakan bahawa doa diatas bukan hadith yang sahih. Walau bagaimanapun membaca doa itu harus. Kerana doa tidak perlu berlandaskan hadith.

• Segala apa yang terdapat dan terjadi dialam ini adalah dari kejadian Allah SWT. Manusia yang berusaha.

• Bagi mahzab sunah Waljamaah perbuatan yang dilakukan manusia juga terjadi kerana Allah SWT.

• Bagi pandangan Muktazilah perbuatan manusia adalah kerana manusia itu sendiri. Allah SWT telah pun memberi pilihan itu kepada hamba NYA.

• Bagi pandangan Jabariah semua yang terjadi atas perbuatan manusia itu adalah kerana kehendak Allah SWT semata-mata. Manusia itu adalah seperti alat sahaja.

• Pandangan Ahli sunah Waljamaah adalah yang terbaik. Manusia mempunyai kudrat. Yang menjadikan perbuatan itu adalah kehendak Allah SWT. Pandangan yang tengah, jika dibandingkan dengan golongan Muktazilah dan Jabariah.

• Contoh, sesaorang yang sihat jika dia berfikir untuk mengangkat tangannya maka perbuatan itu besar kemungkinan dia boleh lakukan. Tetapi bagi sesorang yang tidak sihat kerana 'stroke' jika dia mahu angkat tangannya,  besar kemungkinan dia tidak dapat melakukannya. Jadi walaupun manusia itu berusaha untuk mengangkat tangannya jika tidak diizinkan Allah SWT maka perbuatan itu tidak berlaku.

• Manusia ikhtiar untuk melakukan sesuatu perbuatan. Dia berusaha untuk melakukan, tetapi yang menciptakan perbuatan itu adalah diatas kehendak Allah SWT.

• Sebagai seorang hamba, tidak wajar untuknya menyoalkan kehendak Allah SWT. Tetapi hamba itu perlu tahu yang perbuatannya itu akan dipersoalkan dihari akhirat nanti.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914