Ustaz Syukri AB 150223

Kuliah Maghrib

• Sihir adalah dosa besar. Sesiapa yang terlibat didalam sihir perlulah dia bertaubat.

• Hukum syarak orang yang melakukan sihir adalah hukum bunuh. Berat dosanya.

• Sihir adalah ilmu yang menjadikan seseorang itu melakukan sesuatu yang luar biasa. Boleh dipelajari.

• Lain daripada para Nabi dan orang-orang yang Soleh. Mereka boleh melakukan perkara yang luar biasa kerana mukjizat dan karamah yang dianugerahkan Allah SWT.

• Ada juga manusia yang diberikan Allah SWT sesuatu pemberian. Tetapi mereka bukanlah orang yang dekat dengan agama. Besar kemungkinan anugerah itu adalah istidraj. Satu tanda kemurkaan Allah SWT.

• Hari ini ramai orang didalam masyarakat mengambil jalan mudah untuk mendapat sesuatu hajat dengan sihir.

• Ramai orang awam pada hari ini mempraktikkan ilmu sihir. Mereka anggap sihir itu dapat membantu beri kesenangan hidup.

• Orang yang mempercayai sihir hukumnya haram. Malah membolehkan mereka menjadi kufur.

• Memakai susuk untuk orang menampakkan dia lebih cantik adalah unsur sihir. Haram.

• Para ulamak juga melarang orang menggunakan ayat Al Quran untuk sesuatu perkara yang pelik. Seperti membaca ayat-ayat tertentu membolehkan dia menjadi kebal.

• Rasulullah SAW dengan tegas melarang umat mukmin melakukan tujuh dosa besar. Temasuk sihir.

• Ilmu sihir ini menggunakan jin untuk melakukan kejahatan. Jin yang digunakan adalah yang kafir. Maka berkawan dengan jin kafir akan membawa sesaorang itu kufur.

• Bahaya menggunakan sihir
   - Nabi SAW tidak mengaku umatnya
   - Hukumnya kafir
   - Tidak masuk syurga
   - Syirik
   - Amalan orang jahiliah

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914