Ustaz Suhaimi 250223

Kuliah Subuh

• 1. Haa, Miim.
   2. Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
   3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
   4. (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
   5. Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
   6. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).
   ... Surah Ad Dukhaan...

• Bulan Syaaban merupakan bulan yang mulia. Baginda Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadahnya terutama berpuasa sunat pada bulan ini.

• Pada bulan Syaaban catatan amalan orang-orang yang beriman diangkat keatas. Dan buku catatan baru diturunkan oleh para malaikat. Para ulama menyatakan diangkat malaikat catatan pada malam Nisfu Syaaban.

• Kebiasaannya pada malam Nisfu Syaaban masjid- masjid akan mengadakan bacaan Al Quran dan berdoa agar catatan amalan yang baik- baik sahaja diangkat. Memohon Allah SWT mengampunkan dosa-dosa.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914