Ustaz Ahmad Qutaibah 010223

Kuliah Maghrib

• Para ulama menyatakan bahawa hanya didalam lingkungan 20 peratus ayat Al Quran diturunkan dengan bersebab.

• Surah Abasa ayat 17. Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

• Ayat diatas diturunkan kerana kufurnya Utaibah Abi Lahab diatas risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

• Dia ini merupakan sepupu dan menantu Baginda SAW. Dia sangat membenci Baginda selepas dibawa agama Islam. Dia pernah meludah keatas Rasulullah SAW.

• Dia mati dibunuh oleh binatang buas. Dikatakan anjing ganas seperti mana pernah didoakan Baginda.

• Al Quran ini adalah kalam Allah SWT yang tinggi dan mulia. Bukan sebagai makhluk yang difahami oleh puak yang ingin merosakkan agama Islam.

• Ayat Al Quran diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW oleh malaikat Jibrail AS. Pembawa yang mulia.

• Sesiapa yang bermusuh dengan Islam maka matilah dia dengan kekufurannya. Melainkan jika Allah SWT memberi hidayah kepadanya.

• Didalam Al Quran diperingatkan manusia asal usulnya yang hina. Sehingga berani dia kufur akan peringatan Allah SWT didalam kitab yang mulia ini.

• Orang yang beriman hendaklah menerima apa yang diceritakan oleh Allah SWT didalam Al Quran. Jangan dipercayai cerita cerita Isra'iliyyat yang merupakan versi yang merosakkan iman. Kisah Nabi Adam didalam Al Quran berbeza sekali dengan cerita versi mereka.

• Begitu juga dengan kelahiran manusia. Dinyatakan didalam Al Quran yang Allah SWT yang akan mengeluarkan manusia daripada perut ibunya apabila sampai masanya yang ditetapkan. Sepertimana Nabi Isa AS dilahirkan oleh Mariam AS.

• Didalam Al Quran digalakkan orang yang beriman agar bertaubat kepada Allah SWT apabila melakukan dosa. Agar mendapat Rahmat NYA.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914