Ustaz Rahmatullah 310123

Kuliah Maghrib

• Perbuatan dosa dan maksiat akan membawa keburukan zahir dan batin bagi pelakunya.

• Menjadikan seseorang itu lemah dan malas untuk melakukan ibadat.

• Kesempitan hidup PASTI terjadi kepada sesiapa yang melakukan dosa dan maksiat berterusan.

• NAFSU memang suka bila seseorang itu melakukan maksiat.

• Untuk mengelakkan keburukan didalam hidupnya perlulah dia kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat.

• Seorang yang beriman ada kewajipan untuk dijalankan semata mata kerana Allah SWT. Malah dia berjanji didalam solatnya.

• Dari Mu'adz bin Jabal radhiyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai Mu'adz, tahukah kamu apa hak Allah atas para hamba-Nya dan apa hak hamba atas Allah?" Aku menjawab: 'Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu'. Beliau bersabda: "Sesungguhnya hak Allah atas para hamba adalah beribadah kepada-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan hak hamba atas Allah adalah Dia tidak menyiksa hamba yang tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apapun."

• Orang yang beriman hidupnya tenang. Dia tidak patuh akan kekuasaan manusia. Dia berani bercakap benar. Kerana dia bersandarkan hidupnya hanya kepada Allah SWT.

• Orang yang beriman mengharap mendapat Rahmat NYA. Oleh sebab itu dia berusaha melakukan kebaikan. Walaupun dia tahu yang kejayaan hidup di akhirat bukan kerana amalnya tetapi kasih sayang Allah SWT kepada-nya.

• Melakukan maksiat samalah seperti sesaorang itu memutuskan tali kasih sayang dengan Allah SWT.

• Hanya dengan bertaubat sesaorang itu dapat kasih sayang Allah SWT setelah dia melakukan dosa.

• Sesaorang yang melakukan maksiat samalah dia melebihkan hawa nafsunya daripada perintah Allah SWT. Didalam Al Quran Allah SWT telah membicarakan bagaimana ada manusia yang mempertuhankan hawa nafsunya. Maka Allah SWT akan menutupnya daripada melihat akan keburukan. Dibiarkan dia bergelombang didalam dosa maksiat hinggalah hayatnya. Diakhirat nanti dia akan menerima akibatnya.

• Nafsu ini merbahaya. Kerana didalam ibadah pun sesaorang itu mengikut nafsunya daripada mengikut panduan Rasulullah SAW dan Allah SWT.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914