Ustaz Shukri 140123

Kuliah Maghrib

• Pada hari Qiamat kelak semua manusia akan mendapati bahawa segala janji-janji Allah SWT mengenai syurga dan neraka itu adalah BENAR.

• Surah Al A'raaf 44. Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim".

• Janji Allah SWT kepada manusia yang beriman dan beramal soleh, akan diberikan kenikmatan syurga pada hari akhirat kelak. Bahawa janji Allah SWT itu adalah benar. DIA tidak pernah melupakan janji-janji NYA.

• Orang yang Soleh syurga bagi mereka sangatlah dekat. Lebih dekat daripada tali capal yang dipakainya. Sebaliknya begitulah orang yang kufur, neraka juga dekat dengannya.

• Orang yang baik adalah mereka yang membantu saudaranya yang lain. Orang yang disenangi oleh orang-orang yang disekeliling. Begitu juga dia akan mengembirakan orang yang didalam keadaan kesedihan.

• Pahala yang banyak akan diberikan Allah SWT kepada orang yang membantu melunaskan hutang saudaranya yang lain. Mengikut syarat tertentu.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914