Ustaz Dato' Nizam 240123

Kuliah Maghrib

• Allah SWT menjadikan Jin dan Manusia untuk mengabdikan diri kepada NYA.

• Mengabdikan diri bermaksud melakukan ibadah yang telah ditentukan Allah SWT. Syariat telah menetapkan masa dan tempat yang tertentu.

• Sesiapa yang mengabaikan ibadah, seperti solat dia melakukan dua dosa. Satu dia meninggalkan solat dan yang kedua tidak melakukan ibadat didalam waktu yang telah ditetapkan Allah SWT.

• Allah SWT menjadikan segala sifat manusia yang baik dan yang jahat. Manusia yang baik adalah mereka yang mengikut petunjuk NYA. Sebaliknya manusia yang jahat adalah mereka yang ingkar petunjuk NYA.

• Syaitan ganggu manusia yang melakukan ibadah petunjuk Allah SWT. Solat merupakan tempat yang selalu diganggu syaitan itu.

• Kajian sosial yang dijalankan oleh pakar menunjukkan bahawa ramai orang muslim yang tidak melakukan solat secara yang disyariatkan. Ada yang jarang solat. Ada yang tidak solat lansung.

• Seorang yang beriman hendaklah berakhlak yang baik. Baik ketika bertutur. Gunalah bahasa yang baik dan jauhkan dari bahasa yang kesat.  Begitu juga apabila diwaktu makan hendaklah menjaga adap serta bersopan. Bila bertandang kerumah orang lain jagalah mata daripada melihat keburukan orang lain.

• Apabila kita melakukan kebaikan janganlah diungkit-ungkit. Lupakanlah kejahatan yang dilakukan orang lain. Tidak perlu dipanjangkan kepada pihak yang tidak berkenaan.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914