Ustaz Muhaimin 200123

Kuliah Maghrib

• Surah Al Khaf ayat 110. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

• Ayat diatas menyatakan betapa pentingnya orang yang beriman menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

• Syirik ada dua bahagian. Satu syirik yang jelas ia itu seperti menyembah berhala. Satu lagi adalah syirik yang tersembunyi, ia itu beribadah dengan riya'. Menunjukkan dia beriman tetapi didalam hatinya tidak beriman. Perbuatan munafik.

• Puak munafik ini wujud dizaman Baginda Rasulullah SAW. Mereka tidak mampu melawan orang Islam jadi mereka berpura-pura menjadi seorang muslim.

• Dizaman ini ada juga orang yang melakukan ibadah kerana hendak ditunjukkan kepada orang ramai. Dilakukan sedemikian kerana hendak keuntungan duniawi. Dikhalayak ramai bukan main lagi seperti seorang yang alim, tetapi apabila dia bersendirian maka ia tidak pun melakukan ibadat.

• Begitu juga ada yang apabila dihadapan orang ramai maka rajinnya melakukan ibadah ibadah sunat. Tetapi jauh daripada dilihat orang maka dia tidak pun melakukan ibadat tersebut.

• Riya' yang paling teruk adalah melakukan ibadat bukan kerana mengharapkan pahala. Tetapi semata-mata nak menunjuk kepada orang lain.

• Ada orang melakukan ibadat kerana untuk menutup niatnya hendak melakukan maksiat. Ada orang yang datang ke masjid kerana hendak mencuri duit peti derma masjid, atau hendak mencuri kasut para jamaah yang lain.

• Ada juga orang yang berpura-pura seorang yang kuat beribadat kerana hendak memikat hati orang kampungnya supaya menikahkan dia dengan anak perempuan mereka.

• Ada juga yang berniat melakukan ibadat kerana hendak pahala dan juga untuk menunjukkan kepada orang lain. 25 peratus pahala dan 75 peratus untuk menunjukkan kepada orang lain. Ada juga yang 50/50 antara pahala dan Riya'.

• Ada juga yang melakukan ibadah kerana Allah SWT. Mengharap pahala daripada NYA. Tetapi bila ada orang melihatnya lagi bersemangat untuk beribadat. Bila solat di masjid dilakukan dengan teliti tapi bila solat dirumah sendirian kurang semangatnya. Ini juga Riya'yang halus.

• Bagai mana hendak membuang sifat Riya'. Perlulah membuang sifat...
  - suka dipuji
  - takut dicela orang lain
  - mengharapkan ganjaran manusia

• Mengubat sifat Riya' dengan mengetahui balasan sifat ini diakhirat. Setelah bersusah-payah melakukan ibadat tetapi apabila diakhirat kelak amalan amalan tersebut ditolak. Sedangkan diakhirat nanti tersangatlah kita mengharap amal yang soleh untuk menyelamatkan diri dari api neraka.

• Melakukan ibadah dengan ikhlas kerana Allah SWT akan dibalas dengan syurga. Didunia ini disayangi oleh makhluk-makhluk. Jika Allah SWT menyayangi seseorang itu maka segala makhluk yang lain juga sayangkan dia.

• Nafsu seseorang itulah musuh yang utama didalam melawan sifat Riya'. Tundukkan nafsu untuk menunjukkan kepada orang lain. Mohon pertolongan daripada Allah SWT. Berdoa kepada NYA agar menjauhkan diri daripada perasaan Riya'.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914