Ustaz Khairul Ikhwan 280123

Kuliah Subuh

• Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa.

Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat. [HR : al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2499 (Kitab Sifat Kiamat)

• Pada asalnya setiap orang dilahirkan dengan keadaan yang bersih. Tetapi didalam perjalanan hidup ada dosa- dosa yang dilakukan.

• Dosa- dosa itu seperti daki yang mengotori jiwa sesaorang itu. Tetapi apabila sampai masanya untuk kembali kepada Allah SWT perlulah dibersihkan diri daripada dosa.

• Untuk membersihkan diri daripada dosa sesaorang itu perlulah bertaubat kepada Allah SWT.

• "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai."

• Baginda Rasulullah SAW melakukan taubat sebanyak 100 kali sehari. Walaupun Baginda itu seorang yang maksum.

• Bertaubat hukumnya adalah wajib. Rukun nya adalah berikut:
  - menyesal akan dosa yang telah dilakukan.
  - meninggalkan perbuatan dosa itu.
  - bersungguh sungguh meninggal dosa

• Mengikut Imam Abu Hassan As Sy'ari sesiapa yang bertaubat mengikut hukum yang ditetapkan maka pasti taubat tersebut diterima Allah SWT.

• Dosa yang kecil boleh dihilangkan dengan melakukan ibadat. Tetapi dosa besar perlulah bertaubat. Jika dosa tersebut berkaitan dengan orang lain perlulah sesaorang itu meminta maaf.

• Sekiranya orang yang dipohonkan maaf itu tidak mahu memaafkan maka perlulah orang yang berdosa melakukan sesuatu. Ya itu melakukan ibadah dengan banyak dengan meniatkan bahawa pahala ibadah tersebut disedekahkan kepada orang tersebut.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914