Ustaz Shamsuddin 210123

Kuliah Subuh

• Orang yang bertaqwa
   - melakukan segala suruhan Allah SWT
   - melakukan yang rukun & sunat
   - menjauhkan daripada larangan NYA
   - usaha tingkat iman

• Sebaliknya orang yang jauh daripada Allah SWT.
   - tidak bertaqwa
   - jauh daripada mengingati NYA
   - melakukan yg dilarang
   - cinta dunia
   - tidak redha akan qada'dan qadar

• Sekiranya seseorang itu merasa resah kerana kehilangan sesuatu melainkan Allah SWT itu menunjukkan yang dia masih belum seorang yang bertaqwa.

• Allah SWT yang maha pengasih memberi nikmat kepada semua umatNYA. Ada yang diberi lebih dan ada yang diberi kurang. Walau bagaimana pun tidak dapat menghitung seseorang hamba akan nikmat yang dianugerahkan NYA.

• Manusia bergantung kepada segala nikmat yang di anugerahkan Allah SWT. Tetapi tidak ramai yang bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat nikmat tersebut.

• Ramai yang harap nikmat pemberian Allah SWT kekal. Dapat menjamin kelestarian hidup hingga ke anak cucu. Tetapi nikmat yang diberikan NYA itu adalah juga makhluk. Dan setiap makhluk tidak akan kekal. Yang kekal hanyalah DIA.

• Sepatutnya orang yang beriman tidak bergantung kepada nikmat. Jika diberikan nikmat dia bersyukur. Sebaliknya bila nikmat itu ditarik balik maka dia redha. Malah bila ditarik balik nikmat yang dirasainya selama ini, maka bertambah kuat imam kepada NYA.

• Orang yang beriman sedar bahawa tidak ada yang kekal melainkan Allah SWT. Apa sahaja nikmat yang lahir atau yang batin tidak akan kekal. Jika nikmat itu ditarik maka dia tidak bersedih kerana dia bergantung hanya kepada Allah SWT bukan bergantung kepada yang lain.

• Orang yang merasa gembira bila dia dapat nikmat atau sedih bila dia kehilangan nikmat bermaksud yang pada hakikatnya dia belum lagi kuat imannya. Menunjukkan yang hubungannya dengan Allah SWT itu lemah. Dia masih bergantung kepada benda yang lain selain daripada NYA.

• Apa sahaja yang diberikan Allah SWT kepada sesaorang hamba itu merupakan satu nikmat. Apa sahaja yang berikan Allah SWT kepada hamba NYA itu adalah baik. Walaupun pada ketika dirasai oleh hamba itu baik atau tidak baik.

• Sebaliknya jika apa sahaja yang dianugerahkan Allah SWT kepada hambaNYA, tetapi dia tidak menyedarinya maka itu akan menjadi satu azab.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914