Ustaz Shukri 070123

Kuliah Subuh

• Destinasi yang pasti bagi setiap individu adalah Syurga & Neraka.

• Bagi orang yang beriman apabila disebut neraka, mereka pasti akan merasa bimbang.

• Ahli fikir akhirat setiap amalannya dilakukan untuk menjadi persiapan dihari akhirat nanti.

• Berbeza dengan ahli fikir dunia, amalannya untuk mencapai kesejahteraan hidup didunia ini. Mereka dibatasi dengan fikiran material sahaja.

• Berbeza ahli fikir dunia dengan ahli fikir akhirat. Jika disebut akan hal halal dan haram orang yang fikir dunia tidak selesa. Tapi orang yang fikir akhirat akan taat dan patuh.

• Hukum halal dan haram didalam agama adalah daripada Allah SWT. Diturunkan untuk menyelamatkan kehidupan manusia. Tetapi orang yang fikirnya terbatas keduniaan sahaja tidak mampu menjalankan hukum tersebut.

• Nafsu syahwat suka kepada nikmat duniawi. Tidak suka kepada hal hal akhirat. Bagi orang yang berfikir akan kehidupan akhirat akan sentiasa berusaha melawan kehendak nafsu. Bersungguh mematuhi kehendak agama.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914