Ustaz Haslam 170123

Kuliah Maghrib

• Zuhud keduniaan merupakan salah satu ciri orang yang beriman. Selain seseorang itu selalu memohon keampunan akan segala dosa-dosanya.

• Para sahabat Rasulullah SAW ramai yang mempunyai ciri zuhud keduniaan. Mereka mencintai akhirat lebih daripada cinta kepada dunia. Sifat inilah yang telah mencorakkan ketamadunan manusia yang cemerlang. Tidak ada yang dapat menandingi mereka.

• Abdullah bin Umar al-Khattab merupakan seorang pemuda yang juga sahabat Rasulullah SAW. Beliau memeluk Islam bersama- sama dengan bapanya. Begitu juga dia juga berhijrah ke Madinah bersama dengan bapanya. Semasa itu dia masih muda, belum baligh.

• Abdullah bin Umar Al Khattab merupakan anak Saidina Umar. Dia seorang yang mempunyai banyak harta. Seorang yang kaya. Semasa hayatnya dia membeli lebih daripada seribu orang hamba, kemudian dibebaskan mereka.

• Abdullah ini kuat imannya, dia bersungguh-sungguh hendak berjuang bersama Rasulullah SAW didalam peperangan. Didalam perang Badar dan perang Uhud diminta kepada Baginda untuk berjuang. Tetapi oleh kerana faktor umur Baginda tidak izinkan.

• Dia mula diizinkan Baginda Rasulullah SAW untuk bersama-sama dengan barisan pejuang mukmin didalam peperangan Khandak.

• Saidina Abdullah ini merupakan seorang remaja dimasa hayat Rasulullah SAW. Dia seorang yang kuat beribadat. Kuat bersolat malam. Selalu tidur di masjid Nabawi. Dan dia juga selalu bermimpi yang kemudian diceritakan kepada kakaknya Habsah, yang seterusnya sampai kepada Baginda Rasulullah SAW. Serta Baginda akan menasihatinya akan hal mimpinya itu.

• Ramai Ulama' dan orang yang Soleh menceritakan bagaimana Abdullah bin Umar ini seorang yang kuat beribadat. Seorang yang zuhud.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914