Ustaz Shamsuddin 080123

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman berpegang kepada satu prinsip dimana didalam hidup ini kebergantungan zahir dan batin hanya kepada Allah SWT.

• "(Yaitu) orang-orang (yang menta'ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan:"Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "HasbunalLâh Wani'mal-Wakîl", Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (QS Ali Imran:173).

• Apabila seorang mukmin melakukan sesuatu ibadah ada didalam hatinya mengharap agar memberikan kesihatan yg baik, rezeki yg mencukupi, umur yang panjang dalam beribadat dan sebagainya. Diharap jangan terlalu fokus kepada ganjaran melakukan ibadah tetapi tidak fokus kepada PEMBERINYA.

• Apabila seseorang itu melakukan ibadah kerana menjunjung perintah Allah SWT sahaja. Ibadah tersebut dilakukan dengan cara yang terbaik kerana Allah SWT semata-mata. Bukan kerana hendak mengejar fadhilat beribadah tersebut.

• Orang yang beriman yang rajin melakukan ibadah kerana hendak mendekati dengan Allah SWT. Pasti dibalas NYA dengan cahaya hati yang membawa kepada ketenangan hidup.

• Ketenangan hidup yang dinikmati oleh seorang hamba merupakan pemberian Allah SWT. Tetapi dinasihati oleh para Murobbi tasawwuf supaya seseorang itu jangan terpukau dengan pemberian tersebut hingga leka untuk beristiqamah didalam beribadah.

• Didalam melakukan ibadah sesaorang yang beriman harus berwaspada dengan nafsu. Secara halus mempengaruhi sesaorang itu cepat merasa puas hingga terleka untuk meneruskan perjalanannya menuju kepada mengenali Allah SWT .(peringkat iman yang tinggi). Harus diingati segala fadhilat itu juga merupakan makhluk. Yang hendak difokuskan adalah kepada Allah SWT.

• Berilah perhatian hidup ini kepada Allah SWT. Jadilah seorang yang bertaqwa. Hidup dan mati ini adalah untuk Allah SWT.

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914