Ustaz Azman 150123

Kuliah Subuh

• Ibadah yang utama yang akan dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat.

• Niat solat yang dahulu dinilai. Adakah ia kerana Allah SWT.

• Sebelum mengerjakan solat perlulah disempurnakan ibadah suci. Ramai yang leka dengan perkara-perkara yang berkait dengan kebersihan daripada perkara yang membatalkan solat.

• Waktu mengerjakan solat adalah penting. Sudut waktu juga perlulah dijaga untuk menyempurnakan solat sesaorang itu. Melakukan solat diawal waktu sangat dituntut.

• Ketertiban mengerjakan solat mengikut segala syarat-syarat hukum yang fardhu dan sunat. Kesempurnaan pergerakkan juga perlu dijaga.

• Bacaan didalam solat juga perlulah dijaga dengan baik. Ada bacaan yang wajib dan ada yang sunat perlulah dijaga dengan baik. Seseorang itu perlu juga tahu bacaan yang membawa kepada batalnya ibadat.

• Solat juga perlulah dilakukan dengan khusyuk. Sekiranya tidak mendapat kekhusyukan dengan sempurna maka perlulah dilakukan solat sunat.

• Solat sunat merupakan ibadah yang dapat menampal kelemahan solat wajib.

• Sesiapa yang mengerjakan solat subuh dan solat asar dengan sempurna maka ganjarannya adalah syurga.

• Sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia telah melakukan satu perkara membawa kepada kekufuran.

• Maka sesaorang yang beriman hendaklah dia bersungguh-sungguh didalam mengerjakan ibadah solat. Kerana ibadah solat itu yang menentukan keadaan kita dihari akhirat.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914