Ustaz Hafizullah 280123

Kuliah Maghrib

• Bagi seorang yang beriman apabila didatangkan ujian ia merasa satu kemanisan.

• Kerana dia tahu setiap ujian atau musibah yang dilaluinya akan diangkat Allah SWT akan darjatnya atau dihapuskan dosa.

• Bila dihadapi ujian atau kesakitan secara spontan disebut akan nama atau sifat Allah SWT.

• Orang yang beriman akan diangkat derajatnya apabila dia menghadapi musibah untuk:
  - Banyakkan amalan Soleh
  - Peringatan bagi yg lalai
  - Penghapus dosa

• Sesiapa yang berada di bumi Madinah apabila dia menghadapi ujian, dia didalam keadaan beriman serta dia redha dengan nya. Maka di jamin Baginda Rasulullah SAW akan diberi syufaatnya.

• Pada hakikatnya orang yang beriman apabila diuji dengan musibat digugurkan dosa-dosanya seperti daun yang berguguran. Maka sesiapa yang memahami hakikat tersebut pasti akan bersyukur kepada Allah SWT.

• Kasihnya Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman yang melakukan dosa diberi ujian untuk dihapuskan dosanya.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914