Ustaz Rahmatullah 090123

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman yang bertaubat mereka kembali kepada Allah SWT. Menyesal akan dosa yang dilakukan. Memohon agar diampunkan segala dosa- dosanya.

• Allah SWT mencintai akan hamba-Nya yang bertaubat.

• Perlaku maksiat mereka ingkar akan perintah Allah SWT. Mereka tahu perbuatan yang dilakukan itu salah. Tetapi dia tidak dapat melawan pujukan nafsu.

• Mereka yang dapat merasa akan kehadiran Allah SWT yang mengawasi perbuatannya, akan dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat. Suasana sedemikian adalah satu nikmat.

• Nikmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya terlalu banyak. Banyak aib manusia didindingi oleh NYA. Kalau bukan kerana nikmat tersebut nescaya ramai orang dapat melihat aib- aib yang dilakukannya. Banyaknya nikmat NYA kepada hamba-Nya tidak terbilang.

• Orang yang melakukan dosa ketika dia melakukannya dia tidak sedar yang Allah SWT melihat perbuatannya. Sekiranya dia sedar maka tidak mungkin dia lakukan maksiat tersebut.

• Tingkatan iman yang tinggi dimana sesaorang itu melakukan ibadat seperti ia dapat melihat Allah SWT. Tetapi semestinya dia tidak dapat melihat NYA pasti dia sedar bahawa Allah SWT melihatnya.

• Salah satu nikmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah lintasan hati. Dimana lintasan tersebut mengingat sesaorang itu melakukan perkara yang baik dan hindarkan diri daripada melakukan maksiat. Untunglah mereka yang mengikut lintasan tersebut melakukan ibadah dan ruginya mereka yang masih melakukan dosa.

• Dosa yang sesaorang itu lakukan akan merugikan dia didunia dan diakhirat. Akan menyulitkan hidupnya didunia ini. Ini merupakan peringatan Allah SWT didalam Al Quran. Maka perlulah sesaorang itu sentiasa memohon keampunan dan bertaubat daripada Allah SWT.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914