Ustaz Rahim Nasir 290123

Kuliah Subuh

• Luqman Al Hakim namanya tercatat didalam Al Quran.

• Berpesan kepada anaknya. Untuk mendapat keselamatan dunia dan akhirat perlulah ingat dua perkara.
  - ingat kepada Allah SWT
  - ingat kepada mati

• Setiap orang yang beriman yakin bahawa Allah SWT adalah pencipta segala makhluk. Manusia ini adalah makhluk NYA sahaja. Yang maha Pencipta itulah yang paling hebat.

• Sebagai hamba Nya, perlulah setiap orang yang beriman selalu mengingati Allah SWT. Ingat yang Allah itu maha besar, Allahuakbar.

• Peristiwa Israk dan mikraj yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW merupakan satu tanda kekuasaan Allah SWT. Tidak dapat dinafikan lagi oleh sesiapa pun. Kekuasaan NYA tidak dapat dianalisa oleh akal manusia semata-mata.

• Allah SWT melihat apa sahaja yang dilakukan oleh makhluknya. Maka orang yang beriman sedar akan hakikat ini. Jadi perlulah setiap hamba-Nya mengingati akan kebesaran NYA. Redha dengan ketetapan dan ketentuan NYA.

• Zikrullah merupakan satu keperluan bagi orang yang beriman. Satu ibadah yang dapat menyelamatkan diri daripada fitnah dunia. Dengan mengingati NYA dapat menyelamatkan manusia daripada hasutan nafsu iblis dan syaitan. Menjauhkan diri daripada kejahatan dan jalan maksiat. Memimpin diri kejalan yang benar. Selamat diri dari kesusahan dihari akhirat kelak.

• Orang yang beriman digalakkan supaya selalu mengingati mati. Supaya sedar apa yang dilakukan didunia ini akan dipertanggungjawabkan dihari akhirat kelak. Kehidupan didunia ini tidaklah lama. Pasti sampai masa padti bertemu dengan kematian. Akan berpindah dari dunia ke alam akhirat yang tidak terlepas daripada perbicaraan dengan Allah SWT. Akan dimasukkan ke dalam syurga atau ke dalam neraka.

• Menziarahi akan orang yang akan mati. Atau menziarahi jenazah orang yang telah mati akan mendidik akan selalu mengingati akan mati. Menziarahi kubur juga digalakkan.

• Ingat kepada mati akan mendidik diri akan nikmat kehidupan. Semasa didunia ini lah peluang untuk membuat persiapan sebelum bertemu dengan mati. Selagi ada nyawa perlulah orang yang beriman ingat kepada Allah SWT.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914