Ustaz Rahmatullah 060123

Kuliah Maghrib

• Sesaorang yang bertaubat akan bergembiralah...
   - rumahnya di syurga
   - Baginda Rasulullah SAW
   - Makhluk yang lain

• Semua makhluk yang lain selain daripada jin dan manusia bertasbih memuji Allah SWT setiap pagi dan petang.

• Makhluk-makhluk itu taat kepada Allah SWT. Tetapi manusia ramai yang menderhaka kepada NYA.

• Gunung ganang pun bertasbih. Ia akan bergembira apabila manusia juga bertasbih bersama dengannya.

• Allah SWT sangat bergembira apabila ada hamba NYA yang bertaubat kepada NYA.

• Taubat yang diterima adalah sesaorang yang berazam untuk berubah. Daripada gelap kepada terang benderang.

• Para ulama menyarankan apabila sesaorang melakukan dosa kecil maka hendaklah dia beramal untuk dosa itu dihapuskan. Seperti berzikir dan amalan solat berjemaah dan lain-lain.

• Tetapi dosa besar perlulah bertaubat kerana amalan sahaja tidak dapat menghapuskan dosanya.

• LAFAZ SAYYIDUL ISTIGHFAR:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،

Maksudnya :

Ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-MU dan aku di dalam gengganman-MU dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-MU sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-MU dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

• Allah SWT mencintai hamba yang bertaubat. Berbeza dengan hamba yang mencintai NYA.

• Baginda Rasulullah SAW gembira bila sahabatnya Ka'ab bin Malik diterima Allah SWT akan taubatnya. Sahabatnya tidak bersama didalam peperangan tanpa alasan.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914