Ustaz Hassan Basri 040123

Kuliah Maghrib

• Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie R.A beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan Al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya."
(Riwayat Muslim)

• Ulamak berbagai dengan takrif kebersihan.
   - bersih daripada iktikad
   - bersih secara fizikal

• Orang yang beriman perlulah apabila melakukan kerja-kerja membersihkan domestik hendaklah berniat kerana Allah SWT. Ganjarannya besar. Pahalanya separuh daripada iman.

• Berzikir dengan ucapan Alhamdulillah akan dianugerahkan pahalanya memenuhi timbangan neraca diakhirat.

• Walaupun ucapannya mudah tetapi anugerah nya diakhirat cukup besar.

• Begitu juga zikir Subhanallah dan Alhamdulillah fadilatnya pahalanya sebanyak bumi hingga ke langit.

• Perbuatan zikir yang tingkatan paling tinggi adalah dengan lisan dan maknanya didalam hati.

• Apabila seorang yang beriman mengucapkan Subhanallah bermaksud dia menafikan akan adanya segala kekurangan pada Allah SWT didalam kesempurnaan.

• Ucapan Subhanallah juga bagi sesaorang yang beriman menafikan yang Allah SWT ada kesamaan dengan makhluk NYA.

• Didalam zikir Alhamdulillah bermaksud sesaorang yang beriman memuji Allah SWT akan kesempurnaan NYA.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914