Ustaz Shamsuddin 180223

Kuliah Subuh

• Rezeki bagi seorang yang beriman adalah yang diberkati oleh Allah SWT.

• Walaupun banyak rezeki, jika tidak diberkati maka pada hakikatnya itu bukanlah rezeki.

• Rezeki yang diperolehi yang tidak diberkati oleh Allah SWT besarz kemungkinan ianya adalah satu istidraj.

• Rezeki yg diberkati adalah satu nikmat. Makin dapat rezeki semakin kuat iman dan ingatannya kepada Allah SWT.

• Rezeki itu yang secukupnya untuk melaksanakan segala kewajipan agama. Tidak berlebihan sehingga lupa akan kewajipan agama.

• Sekiranya rezeki yang didapatinya menjauhkan diri dari mengingati Allah SWT bukanlah ia sebagai rezeki yang diberkati.

• Sesaorang sahabat Tsa'labah asalnya seorang yang miskin. Tetapi apabila Allah SWT memberi rezeki yang melimpah, dia lupa akan tanggungjawab sebagai seorang mukmin untuk membayar zakat. Maka rezeki tersebut bukanlah rezeki yang diberkati.

• Ayat Quran turun kerana keengganan Tsa'labah membayar zakat .

"Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh".

"Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan)".

(Surah al-Taubah, 9:75-76)

• Setelah ayat ini turun Baginda SAW tidak mahu menerima zakat daripada sahabat tersebut.

• Rezeki yang sikit itu lebih baik daripada rezeki yang melimpah ruah jika kemewahan membawa seseorang itu lalai dengan tanggungjawab agama.

• Kaya tetapi lalai daripada mengingati Allah SWT bukanlah ia rezeki yang berkat. Lebih baiklah ia miskin tetapi selalu mengingati kepada Allah SWT. Tetapi yang lebih baik adalah seorang yang kaya yang sentiasa mengingati Allah SWT. Dia menjalankan segala kewajipan agama.

• Sumber rezeki perlulah halal mengikut kehendak agama. Setelah diberi rezeki maka perlulah dia menjalankan segala tanggungjawab agama seperti bersedekah dan zakat.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914