Ustaz Azman 190223

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman apabila dia berpagi-pagi menghadiri majlis ilmu, lebih baik daripada bersolat 100 rakaat.

• Ganjaran berwuduk dengan sempurna dan berdoa selepas wuduk terlalu besar habuannya – dibukakan lapan pintu syurga untuk kita dan kita boleh masuk ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang kita mahu.

• Orang yang berwuduk atau bersuci sebelum tidur dengan sempurna seperti berwuduk untuk solat akan sentiasa dipelihara Allah dengan adanya Malaikat sebagai peneman malah beruntung kerana didoakan keampunan oleh Malaikat sebelum dia bangun daripada tidur.

• Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , "(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

• Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang  di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku."     (Riwayat Imam Muslim).

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914