Ustaz Dr Nizam 080624

Kuliah Subuh

• Para wali Allah SWT tidak rasa takut atau bersedih dengan kedatangan hari kiamat. Oleh kerana mereka sudah membuat persediaan menghadapinya.

• Wali Allah SWT adalah mereka yang beriman dan bertakwa. Definisi ini adalah daripada Al Quran.

• Imam yang besar dan hebat pada masa dahulu tidak menggunakan title 'wali'. Walhal pada hari ini kita dengar ramai orang yang mengakui menjadi wali.

• Para wali ada yang dianugerahkan karamah. Sebagai orang yang beriman hendaklah percaya akan fakta tersebut. Tetapi tidak perlu beriman dengan cerita-cerita mengenai karamah.

• Terdapat banyak cerita mengenai karamah yang tidak menepati dalil Al Quran dan Hadith. Tidak juga dapat dipastikan dengan akal atau logik.

• Didalam berkata tentang dunia kewalian hendaklah orang-orang yang beriman berwaspada. Kerana ramai yang taksub dengannya.

• Berbagai cerita mengenai karamah seperti:
- Naik ke langit 70 kali sehari
- bawa kereta tidak perlu minyak
- kusyuk solat hingga keluar air mani

• Rasulullah SAW mempunyai banyak mukjizat. Tetapi Baginda tidak pernah bercerita tentang Mukjizatnya. Yang memberitahu adalah datang daripada para sahabat. Jadi bagaimana ada orang yang mengakui diri sebagai wali dan karamah. Ini bertentangan dengan adab Baginda Rasulullah SAW.

• Memang ada para wali yang mempunyai anugerah karamah daripada Allah SWT. Tetapi harus berwaspada dengan cerita-cerita yang terlalu sensasi.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809