Ustaz Hassan Basri 050624

Kuliah Maghrib

• Ustaz menceritakan satu kisah seorang tokoh agama di Arab Saudi. Menulis beberapa kitab mempertahankan Islam, Quran dan Sunnah. Tetapi diakhir hayatnya dia menjadi murtad. Seorang Atheis.

• Ambil pengajaran daripada peristiwa ini agar kita tidak menuduh sesaorang itu tidak beriman. Kerana kita sendiri tidak tahu apa kesudahan hidup kita. Perlu diperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar kematian kita nanti adalah didalam iman dan Islam.

• Dihari akhirat kelak ada segolongan manusia yang disiksa didalam neraka. Mereka merayu kepada Allah SWT agar dikeluarkan daripada tempat siksaan nya. Allah SWT menempelak mereka dengan hujah hidup mereka didunia yang panjang sudah cukup untuk beramal Soleh.

• Umur yang panjang adalah 60 tahun diatas pendapat Imam Nawawi RA.

• Dizaman Baginda, orang- orang di Madinah selepas umur 40 tahun, mereka menumpukan memperbanyakkan amal yang soleh.

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ

Maksudnya: "Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu." [Riwayat Ahmad (9251)][Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syu'aib al-Arna'outh]

• Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma menceritakan, "'Umar memasukkanku bersama para sahabat senior yang mengikuti perang Badar. Seolah-olah mereka tersinggung dengan mengatakan, 'Mengapa Engkau mengajak anak kecil ini, sedangkan kami juga memiliki anak kecil?' 'Umar mengatakan, '(Kecerdasan) Ibnu 'Abbas itu sudah kalian ketahui.'"

• Ibnu 'Abbas juga menceritakan...

Pada suatu hari, 'Umar mengajakku untuk bermusyawarah bersama mereka. Dan aku tahu bahwa tidaklah 'Umar mengajakku kecuali karena ingin mempertontonkanku di depan mereka.

'Umar berkata, 'Apa pendapat kalian tentang firman Allah Ta'ala,

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالفَتْحُ

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan." (QS. An-Nashr [110] : 1)

Sebagian di antara mereka berkata, 'Allah Ta'ala memerintahkan kita untuk memuji-Nya dan beristighfar, yaitu ketika kita diberikan pertolongan dan kekuatan untuk menaklukkan suatu negeri.'

Sedangkan sahabat yang lain diam dan tidak mengucapkan sepatah kata pun.

'Umar berkata kepadaku, 'Apakah benar begitu, wahai Ibnu 'Abbas?'

Aku menjawab, 'Tidak.'

'Umar bertanya, 'Lalu apa pendapatmu (tentang ayat tersebut)?'

Aku berkata, 'Yang dimaksud adalah wafatnya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Allah Ta'ala telah memberitahukan kepada beliau, Allah Ta'ala berfirman (yang artinya), "Apabila telah datang pertolongan Allah Ta'ala dan kemenangan"; itu adalah tanda wafatmu; "Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah Ta'ala dengan berbondong-bondong." (QS. An-Nashr [110] : 3)

'Umar berkata, 'Tidak ada yang aku ketahui (tentang maksud ayat tersebut) kecuali sebagaimana yang engkau katakan.'" (HR. Bukhari no. 4970)

• Apabila surah An Nashr ini turun, baginda telah memperbanyakkan tasbeeh.

قَالَ الْبُخَارِيُّ: حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا جَرير، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ أَبِي الضحَى، عَنْ مَسْرُوقٍ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ: "سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي" يَتَأَوَّلُ الْقُرْآنَ.

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Usman ibnu Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Mansur, dari Abud Duha, dari Masruq, dari Aisyah yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW dalam rukuk dan sujudnya memperbanyak bacaan: Mahasuci Engkau, ya Allah, Tuhan Kami; dan dengan memuji kepada Engkau, ya Allah, ampunilah aku.

• Akhir sekali di penghujung Surah An-Nasr ini, Allah turut mengingatkan supaya sentiasa memuji dan beristighfar meminta keampunan kepada Allah meskipun sedang mendapat nikmat.

Antara zikir yang boleh dibaca ialah;

"Subhanallah wa bi hamdihi, Astaghfirullah wa atuubu ilaih"
(Maha suci Allah dan dengan memujiNya, aku memohon keampunan kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya)

Zikir ini turut dilazimi oleh Rasulullah SAW sebelum baginda meninggal dunia.

• Surah An Nashr diwahyukan 3 tahun sebelum Baginda wafat. Selepas ayat ini banyak lagi ayat-ayat Quran diwahyukan. Termasuk Surah AlMaidah, yang terdapat banyak hukum hakam.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809