Ustaz Fahmi Zakaria 070624
Kuliah Maghrib
• Perbicaraan mengenai halal dan haram didalam Islam. Berasaskan daripada kitab yang ditulis oleh Allahyarham Sheikh Qardhawi.
• Umat Islam diseru agar makanan mereka adalah yang halal dan yang baik.
• Allah SWT mencipta manusia sedemikian yang memerlukan makan dan minum. Ini adalah kehendak Allah SWT.
• Diperintahkan orang yang beriman memakan makanan yang baik. "Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya, maka ianya adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ianya pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkan-Nya, maka ianya itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah SAW membaca daripada firman Allah SWT: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa." (Surah Maryam: 64).
• Kebanyakan orang faham mengenai makanan yang halal. Tetapi ramai yang keliru mengenai makanan yang tayyibat ( Baik).
• Makanan yang tayyibat...
- perlulah perkara yang halal. Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu. Surah Al Baqarah 168.
- Wajib makanan itu bersih. Segala hal perlulah bersih. Tempat dan cara memasaknya dan penyediaan hendaklah dipastikan bersih. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman seseorang itu.
- Makanan yang dijamah itu perlulah selamat. Kepentingan food safety and security dijamin. Bagi sesaorang yang terganggu untuk melakukan ibadah dengan sempurna jika dia memakan satu benda yang tertentu. Maka ulama' menyatakan makanan yang tertentu itu tidak tayyibat bagi dia.
- Makanan yang tertentu itu perlulah yang memberi manfaat kepada tubuh badan seseorang itu. Jika ada makanan yang mendatangkan kemudaratan kepada sesaorang, maka perlulah dia jauhkan daripadanya. Walaupun makanan itu halal tapi jika dia alergik kepada sesaorang, haram dia memakannya.
- Makanan yang memudaratkan seseorang itu haram dimakannya. Jika dia memakan juga maka perbuatan itu mengundangkan kemurkaan Allah SWT.
• Bahagian makanan yang dimakan oleh manusia terbagi kepada tumbuh- tumbuhan dan haiwan.
• Pada dasarnya makanan yang berasal daripada tumbuh- tumbuhan semuanya halal. Melainkan jika dimakan akan memabukkan atau menjadi racun.
• Wassalam

Comments