Ustaz Shamsuddin 140624

Kuliah Subuh

• "Ada seorang lelaki bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang terbaik?' Beliau jawab: 'Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya'. Ia bertanya lagi: 'Lalu siapakah orang yang terburuk?' Beliau jawab: 'Orang yang panjang umurnya dan buruk perbuatannya'." (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Haitami)

• Keberkahan umur
  - walaupun pun pendek tapi merasai kenikmatan hidup
  - nikmat yang bahasa tak dapat menceritakan

• Berkah bermaksud adalah nilai yang dikecapi dari sesuatu. Contoh umur dan ilmu. Dan sebagainya.

• Nilai yang dikecapi dari sesuatu Keberkahan itu besar kesannya kepada sesiapa yang menikmatinya. Tidaklah seseorang itu menjangka akan kenikmatan tersebut. Tidak terlintas didalam hati dan fikirnya.

• Orang yang soleh, hidup mereka dihiasi dengan keberkahan didalam berbagai dimensi kenikmatan yang dialami didalam hidup mereka. Daripada sudud yang kecil didalam kehidupannya tetapi besar nilai yang di nikmati.

• Walaupun melakukan ibadat yang sedikit tetapi mendapat nikmat yang melimpah. Dari segi imam dan amal serta bertambah ilmu dan kefahaman. Faham akan hakikat hidup dan mengenal Allah SWT dengan lebih lagi.

• Amal didalam jiwa (batin) seseorang itu pulangannya besar sekali. Amalan hati yang kecil sebesar atom lebih tinggi nilainya daripada amal fizikal yang banyak walaupun amalan itu sebesar gunung.

• Sesiapa yang mengerjakan ibadah fizikal dengan diiringi dengan iman yang kuat mempunyai nilai yang berganda daripada orang yang melakukan ibadah tanpa mengenal hakikat Allah SWT.

• Orang yang sentiasa ingatkan kewujudan Allah SWT. Sedar kedudukan dirinya sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta. Sedar yang Allah SWT melihatnya dan tahu akan isi hatinya. Orang sedemikian ibadahnya tinggi nilainya daripada orang yang melakukan ibadah yang tidak diiringi dengan hati yang terdetik akan kebesaran NYA.

• Untuk mencapai tingkatan iman yang tinggi perlulah mempunyai ilmu tasawwuf. Kerana ilmu tersebut dapat mendidik jiwa untuk mengenal Allah SWT.

• Semoga dengan hati yang kenal Allah SWT dapat memberi nilai yang tinggi didalam kehidupan kita. Mendapat keberkahan. Walaupun umurnya pendek tetapi nilainya tinggi.

• FB Live: https://www.facebook.com/share/v/K5Jwp7fA4sfAMtNB/?mibextid=qi2Omg

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809