Ustaz Shukri 080624

Kuliah Maghrib

• Perbanyakkan syukur kepada Allah SWT diatas bertemu kembali 10 hari yang terawal di bulan Zulhijjah.

• Nabi S.A.W bersabda mengenai keistimewaan hari-hari ini. Hadis dari Ibn Abbas R.A, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada hari di mana suatu amal soleh yang sangat dicintai Allah S.W.T melebihi amal soleh yang dilakukan di sepuluh hari ini (10 hari pertama Zulhijjah-pen)" Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, termasuk lebih utama dari dari jihad fi sabilillah?" Nabi S.A.W menjawab, "Termasuk lebih utama dibanding jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya (ke medan jihad) dan tidak ada satu pun yang kembali (mati dan hartanya diambil musuh-pen)."

(Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi)

• Selain daripada berlumba melakukan ibadah, orang yang beriman perlu juga menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. Terutama sesiapa yang melakukan fitnah kepada orang lain. Di akhirat kelak dia seperti seorang yang muflis. Pahalanya diberi kepada orang yang difitnah kan. Malah sekiranya tidak cukup pahalanya maka ia akan memikul dosa orang lain.

• Orang yang beriman perlu tahu yang kepanasan api neraka cukup- cukup menyakitkan. Yang paling ringan panas neraka adalah apabila diletakkan batu neraka dibawah kaki seseorang, kesan kepanasan itu akan mendidihkan otaknya.

• Ciri-ciri hamba Allah yang penyayang ini dinyatakan di dalam surah al-Furqan pada ayat-ayat terakhir di dalam surah ini.

Apakah tema surah al-furqan? Surah al-furqan bertemakan kepada kesan yang buruk kepada golongan yang mendustakan Allah, Rasul dan kitabNya dan perbezaan antara hak dan batil.

Antara ciri-ciri ibadurrahman (25:63-74)

– Berjalan dengan sopan santun. Apabila ada yang berkelakuan tidak elok atau kurang adab kepadanya, mereka akan menjawab dengan perkataan 'selamat' jauh dari kata-kata yang tidak elok

– Tekun menjalani ibadah di malam hari dengan sujud dan  berdiri

– Mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan, Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk"

– Apabila berbelanja harta, tidak boros namun tidak juga kedekut. Mereka berbelanja dengan sederhana

– Tidak menyekutukan Allah

-Tidak membunuh jiwa yang diharamkan untuk membunuhnya kecuali dengan sebab (hudud atau qisas)

– Tidak melakukan zina

–  Tidak menghadiri ke tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya

– Apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah seperti orang-orang yang pekak dan buta, iaitu tidak ambil peduli. Malah, mereka respon, ambil peduli terhadap ayat-ayatNya.

– Yang berdoa "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

• Surah Al Furqan 65]Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan

[66]Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat
tinggal yang amat buruk";

• Surat Al-Baqarah ayat 24:


فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا وَلَنْ تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Artinya, "Jika kalian tidak melakukannya dan tidak akan dapat melakukannya, maka takutlah kepada api neraka yang materialnya manusia dan batu. Api neraka itu disediakan bagi orang-orang kafir." (Surat Al-Baqarah ayat 24).

• Tetapi hakikatnya hari ini ramai yang tidak takut dengan siksaan api neraka. Maka bertambah perbuatan maksiat, seperti rasuah. Dan DLL.

• Keadaan neraka panasnya tidak dapat disamakan dengan api yang terpanas temperature nya. Makin lama makin panas. Panasnya terlalu tinggi hingga warna bertukar menjadi hitam.

• Wassalam. 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809