Ustaz Firdaus 300624
Kuliah Subuh
• Baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya berjuang menegakkan agama Islam. Mereka berkorban harta dan nyawa semata mata untuk membawa risalah Islam kepada seluruh dunia. Sehinggalah sampai kepada kita hari ini.
• Sebagai seorang mukmin perlulah kita menghayati setiap ibadat yang dilakukan. Mempunyai ilmu yang secukup untuk melakukan ibadah itu dengan sempurna.
• Segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap orang hendaklah digunakan secara yang diperintah oleh Allah SWT. Jangan melakukan sesuatu yang berlainan dengan perintah tersebut, jangan kufur nikmat.
• Seorang mukmin hendaklah selalu berdoa memohon kesejahteraan hidup didunia dan lebih- lebih lagi diakhirat nanti. Serta bertawakal kepada Allah SWT.
• Sesaorang mukmin apabila dia berdoa perlulah dia faham apa yang diminta kepada Allah SWT. Sebaiknya doa tersebut diambil daripada doa- doa para rasul yang terdapat didalam Al Quran.
• Bagi umat Nabi Muhammad SAW digalakkan berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Baginda.
• Berdoa yang mustajab adalah diwaktu dan tempat yang tertentu.
- ketika waktu diantara dua khutbah pada hari Jumaat
- ketika hujan sedang turun. Daripada Aisyah R.anha berkata, Adapun Rasulullah SAW ketika melihat hujan :
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: "Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat." [Riwayat al-Bukhari (1032)]
- Ketika sahur. Sebelum subuh.
• Tempat yang mustajab doa...
- Mihrab, berdasar kepada kisah Nabi Zakaria dan Mariam AS.
- Dirumah sendiri adakan tempat khas untuk bersolat boleh dianggap sebagai mihrab.
• Firman Allah SWT:
وَوَصَّيْنَا الإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, dia berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk golongan yang menyerah diri kepada-Mu)".
Surah al-Ahqaf (15)
• Menurut Imam Ibn Kathir, pada asalnya ayat ini menyeru kepada mereka yang telah mencapai umur 40 tahun untuk memperbaharui taubat kepada Allah SWT.
FB Live:
https://www.facebook.com/share/p/T91HB6JBhW9h5dzd/?mibextid=qi2Omg
Wassalam

Comments