Posts

Ustaz Azman 300809

Kuliah Subuh • Orang yang beriman apabila disebut nama serta dibaca akan ayat-ayat Allah SWT timbul perasaan gentar dijiwa mereka. • Tetapi hari ini ramai juga yang tidak terkesan didalam hati mereka walaupun mereka membaca Al Quran. Kenapa? • Salah satu puncanya adalah ramai yang tidak memahami apa yang dibaca daripada ayat ayat Allah SWT. • Apabila Quran yang dibaca tidak diketahui akan makna larangan dan suruhan, maka bagaimana hendak terkesan didalam hati. Tidak merasa takut kerana tidak mengetahui ancaman Allah SWT. • Penting bagi orang mukmin memahami akan apa yang dibaca daripada ayat-ayat Allah SWT supaya ia terkesan didalam amalan kehidupan seharian. Maka akan dapat ia merasakan ketakutan akan ancaman Allah SWT. • Apabila ia tahu akan betapa dahsyatnya neraka yang menanti untuk mengazabkan orang- orang yang kufur. Maka tentulah timbul didalam hati dan jiwa nya rasa takut terhadap ancaman tersebut. • Memahami akan makna dan maksud ayat- ayat Allah SWT i...

Ustaz Shamsuddin 270809

Image
Kuliah Ramadhan Tips untuk mencapai bahagia • Jangan rakus dengan dunia. Iaitu terlalu berkehendakkan dunia tanpa mengambil kira bab halal dan haram. Main boleh semua. • Patuh dan tundduk kepada apa yang datang daripada Allah SWT. Mengabdikan diri kepada hukum Nya. Jadilah seorang yang BERTAQWA. • Jangan mengabdikan diri kepada yang lain selain daripada Allah SWT. • Jangan terlalu banyak bercakap. Kerana siapa yang banyak bercakap itu sebenarnya kosong sahaja. • Jaga akan solat. - solat didalam waktunya, tidak lewat - khusu' didalam solat - menjaga solat yang lima. Kata ulama diantara yang lima itu ada satu yang boleh dianggap sebagai yang teratas kedudukkannya. • Jangan bersikap sombong akan pemberian Allah SWT. • Berkawan dengan orang yang baik- baik. Mencari kawan yang soleh. • Menjauhkan diri daripada perkara yang diharamkan agama. Jauhkan diri daripada maksiat. • Hendaklah menjadi seorang yang pemurah. Samaada dengan harta ataupun ilmu. • ...

Kuliah Zuhur 250809

Image
Bulan Ramadhan ini hanya datang setahun sekali. Hiasilah bulan ini dengan ibadah ibadah yang digalakkan. Kalau dahulu kita bersolat secara sendirian. Maka di bulan Ramadhan marilah berjemaah. Begitulah dengan membaca Quraan. Bacalah setiap hari. Tahajud juga dibulan Ramadhan ini hendaklah kita jadikan amalan. Bulan inilah juga kita berusaha menumukan dengan takwa. Wassalam

Ustaz Halim 230809

Image
Kuliah Subuh • Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan rahmatNya dapat kita mengerjakan ibadah dengan suasana aman dan damai. Terutama dibulan Ramadhan ini. • Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Baginda tentang amalan; - yang dapat masukkan sesaorang kedalam syurga? - yang dapat menjauhi sesaorang daripada menghindar diri daripada api neraka? • Rasulullah SAW menjawab; - Jangan mempersekutukan Allah SWT; ikhlaskan semua amalan kerana Allah SWT - Mendirikan solat - Menunaikan zakat; membersihkan diri sesaorang yang mengerjakan. - Berpuasa dibulan Ramadhan. - Menunaikan Haji • Pintu pintu kebaikan yang juga dapat memasukkan sesaorang kedalam syurga; - Berpuasa itu sebagai benteng daripada berbagai cabaran dan dugaan. Memberi kejayaan kepada manusia didunia dan akhirat. - Bersedekah; sekiranya diterima Allah SWT maka akan terhapuslah dosanya. - Bangun diwaktu malam untuk menyerjakan solat. • Kepala segala urusan; - Islam; penyera...

Ustaz Azman 160809

Kuliah Subuh • Sifat malu adalah sebahgian daripada cabang IMAN • Merasa malu dengan Allah SWT daripada melakukan maksiat. Malu kerana melakukan perkara yang haram dan tidak melakukan perkara yang wajib. • Ramai yang merasa malu kepada sesama manusia. Tetapi tidak ramai yang merasa malu kepada Allah SWT. • Perlulah ada rasa malu kepada Allah SWT kerana tidak melakukan suruhannya. Contohnya; sesaorang yang tidak menutup aurat. Membeli, menjual, meminum arak. • Masyarakat yang tidak malu kepada Allah SWT dengan melakukan maksiat berterang terangan akan mengundang kemurkaan NYA. Kemungkinan besar masyarakat ini berisiko untuk menerima bala' daripada Allah SWT. • Malu kepada Allah SWT dengan bersyukur akan pemberian NYA. Melafazkan dengan mulut. Membenarkan didalam hati. Melakukan dengan. Anggota. • Orang beriman bukan sahaja malu melakukan perkara haram tetapi juga malu untuk melakukan perkara makruh. Inilah sifat orang yang beriman. • Orang yang beriman apabi...

Ustaz Rusmadi 220809

Kuliah Subuh • Pernahkah kita berfikir... - Adakah taubat yang kita ucapkan diterima? - Adakah solat terkesan bagi menghindarkan kita daripada maksiat? - Adakah puasa dan ibadah dibulan Ramadhan diberi keberkatan? • Kesan kepada kita diakhirat sekiranya taubat tidak diterima Allah SWT. Nerakalah tempat kembali. Sesuatu kesudahan yang cukup mengerikan. Tetapi ramai orang tidak takut akan perkara ini. Oirang ramai lebih takut daripada mati daripada takut kepada siksaan Allah SWT. • Tanda awal orang yang diterima taubat mereka adalah apabila cinta ia kepada majlis ilmu. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesaorang yang hadhir dimajlis ilmu tanpa membawa pena itu lebih baik daripada mereka yang memerdekakan 1000 orang hamba. • Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah SWT " Ya Allah berikanlah daku anak yang soleh". • Anak yang soleh - dapat menyambung ganjaran selepas mati ibu dan ayahnya. - doa mereka dapat melapangkan ibu bapa daripada azab Wassalam

Ustaz Shamsuddin 090809

Kuliah Subuh Bab hukum hudud; mencuri • Yang dibolehkan menghadapi hukum hudud bagi orang yang mencuri adalah apabila jumlah barang yang dicuri itu bersamaan dengan 4.45 gm atau 1/4 Dinar. • Mencuri yang tidak dikenakan hukum hudud; 1) Mencuri secara khianat. Saperti orang yang memecah amanah. Hukum perbuatannya itu tetap haram, dan dihukum dengan hukum takzir. 2) Orang yang menipu. 3) Mengambil harta orang lain secara paksa. Tidak dikerat tangan, tetapi dikenakan hukuman yang lebih berat. 4) Menyambar barangan orang lain secara lalu. Saperti meragut, menyeluk saku. Boleh ditafsirkan saperti diatas. 5) Mengambil buah didahannya kerana terlalu lapar. Wajib digantikan dengan nilai secukupnya. Jika mengambil buah yang telah dipetik maka jika cukup nilainya maka wajib dihukum hudud. • Tersabit kesalahan mencuri dengan beberapa cara. 1) Penyakuan orang yang mencuri 2) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil. Yang dituduh boleh menolaknya dengan bersumpah didalam mahkamah. • Pencuri ter...