Ustaz Azman 181009
Kuliah Subuh
• Memperingati hal ehwal KEIMANAN kepada Allah SWT merupakan perkara yang penting.
• Memperbaharui keimanan adalah perbuatan yang akan mendapat ganjaran yang baik dihari akhirat.
• Ukwah Islamiah itu merupakan sebahgian daripada hal keimanan.
• Terdapat banyak ayat ayat Al Quraan yang mempersoalkan hal persaudaraan sesama Islam. Ukhwah Islamiah.
• Persaudaraan Islam tidak akan terjalin melainkan bagi orang- orang yang beriman sahaja.
• Ukwah itu didasarkan diatas keimanan.
• Jiran itu merupakan saudara diatas dasar iman. Kewajipan kepada jiran diantara lain;
- memberi salam kepadanya apabila bertemu
- bila dia sakit, menziarahinya
- bila dia susah, memberi pertolongan
• Ramai orang Islam sudah tidak mengambil berat didalam hal ukhwah Islamiah. Persaudaraan telah banyak didasarkan kepada kedaerahan, kepartian politik, dsb.
• Persaudaraan Islamiah itu adalah tuntutan yang wajib. Maka jika diabaikan ia akan mengudang bala' daripada Allah SWT.
• Telah terjadi berbagai musibah kepada masyarakat Islam kerana mengabaikan hal ukhwah.
• Ramai umat Islam telah mengabaikan perbuatan maksiat didalam masyarakat tanpa menjalankan kewajipan mencegah perkara mungkar.
• Saudara seIslam telah ramai hanyut ditelan kecintaan mereka kepada dunia. Hilang pedoman. Sudah tidak kisah lagi perkara dosa dan pahala. Sudah tidak mengingati lagi hari akhirat.
• Rasulullah SAW berpesan apabila berjumpa saudara mukmin;
- memberi salam
- bertanya nama dan hal keluarganya
- bertutur dengan percakapan yang baik; berlemah lembut
- berdoa mendoakan saudara kita
Wassalam

Comments