Ustaz Sapidin 191009

Kuliah Maghrib

• Rasulullah SAW memberi amaran bahawa BALA' akan turun kepada ummah jika mereka melakukan perkara- perkara yang berikut dibawah ini;

• Harta kesenangan hanya berada didalam tangan yang tertentu sahaja.

• Amanah yang diberikan kepada orang untuk menguruskan hal ehwal masyarakat tidak menjalankannya dengan baik.

• Orang yang diberkuasa tidak menunaikan solat, zakat, mengajak manusia kepada kebaikan, menentang kemungkaran.

• Zakat dijadikan hutang. Pihak yang beramanah meminta orang ramai menunaikan zakat saperti orang memunggut hutang.

• Apabila suami mengikut kehendak isteri didalam melakukan maksiat. Tidak ditegurkannya. Menjadilah dia saorang yang dayus.

• Menderhaka kepada kedua ibu bapa nya. Tetapi berlaku baik kepada kawan- kawan nya.

• Suka menjauhkan diri daripada bapa nya sendiri. Tidak menunjukkan kesopanan kepada bapa nya sendiri.

• Berbalah didalam masjid. Suara ditinggikan. Tidak menunjjuk rasa hormat.

• Melantik orang yang jahat menjadi pemimpin.

• Menghormati serta takut sesaorang itu kerana kejahatannya.

• Arak diminum serta dijual dimerata rata.

• Golongan artis disanjungkan melebihi para ulama'.

• Musik dilebihkan daripada perkara yang lain. Quran diabaikan.

• Mempertikaikan para sahabat Rasulullah SAW.

Sekira perkara yang diatas dilakukan tanpa memohon keampunan daripada Allah SWT. Maka tunggulah bala' yang merupakan tiupan angin merah, gempa bumi atau ditukarkan menjadi mahluk lain.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914