Ustaz Ghazali Omar 171009

Kuliah Maghrib



• Orang mukmin hendaklah membawa iman didalam hatinya.



• Menjaga agamanya setiap masa dan lapangan hidupnya.



• Tidak membazirkan makanan dan harta benda yang dianugerahkan Allah SWT.



• Rajin memberi sedekah dan derma kepada orang yang memerlukannya. Saperti;

- Anak Yatim

- Pelajar didalam bidang agama

- Orang yang dilanda musibah



• Orang yang beriman selalu berdoa kepada Allah SWT agar dihindarkan sikap buruk serta dijauhkan daripada siksaan api neraka.



• Para ahli tasawuf yang rajin mengerjakan qiamulail senantiasa berdoa kepada Allah SWT; agar diberikan keampunan daripada dosa serta dijauhkan daripada siksaan api neraka.



•Walaupun mereka rajin beribadat tetapi masih merasakan dia tidak layak untuk memasuki syurga Allah SWT.



• Oleh kerana tidak sanggup menghadapai siksaan api neraka, maka dengan linangan air mata, mereka merendah diri memohon pertolongan Allah SWT.



• Orang yang beriman harus juga berwaspada dengan pengaruh sahabat mereka. Rasulullah SAW berpesan yang kita akan mengikuti agama sahabat karib kita.



• Berwaspadalah dengan kehidupan duniawi. Ingatlah bahawa mati itu pasti datang. Maka hendaklah orang yang beriman mempersiapkan diri menghadapai maut.



• Sesiapa yang mempunyai rezeki yang berlebihan maka perlulah dibelanjakan kejalan Allah SWT. Agar harta yang lebih itu mendatangkan kebajikan kepadanya diakhirat nanti.



• Semua anak Adam RA perlu ingat bahawa setiap hari yang berlalu bererti sehari lebih dekat dengan kehidupan dialam kubur.



• Berwaspadalah semua yang beriman akan hakikat kehidupan ini.



Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914