Ustaz yussof 041009

Bagaimana ibadah kita selepas Ramadhan?

• Didalam bulan Ramadhan yang baru lepas, berbagai ibadah sunat yang dikerjakan, saperti:
- Solat tarawih
- Solat tahajud
- Bertadarus Al Quran
- Bersedekah
Dan sebagainya.

• Tetapi apabila tiba bulan Syawal kita sibuk dengan berbagai aktiviti menyambut Eid Mubarrak. Adakah ibadah sunat yang dikerjakan semasa Ramadahan dapat diteruskan? Adakah masjid kariah kita dipenuhkan?

• Islam mengutamakan ibadah sunat yang dilakukan secara beristiqomah. Walaupun ibadah itu dipandang kecil.

• Menghormati kesucian Islam adah sesuatu kehendak yang diwajibkan kepada semua umat mukmin. Contohnya terdapat satu kes yang dibicarakan dimahkamah Syariah dimana hukum sebat diperintahkan oleh yang ariff tuan hakim. Tetapi yang sedihnya ada pihak yang cuba hendak menentang hukuman tersebut. Sebuah pertubuhan NGO yang diberasaskan Islam, SIS, membantah keras hukuman tersebut. Hujah mereka adalah hukuman tersebut sebagai tidak bertamadun. Bagaimana satu pertubuhan yang berasaskan Islam boleh menghina sistem mahkamah Syariat? Walhal hukum sebat apabila dijatuhkan oleh mahkamah sivil tidak mendapat apa-apa tentangan!!!

• Umat Islam perlu mempunyai sikap yang ikhlas didalam beribadah. Tidak menyerjakan ibadah selain daripada bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Tidaklah untuk menunjjuk kepada manusia yang lain.

• Ibadah yang dilakukan perlulah dengan beristiqomah. Mempertingkatkan ibadah tersebut dengan bersungguh semata mata untuk mencapai satu matlamat. Rahmah serta keampunan daripada Allah SWT. Agar memperolihi kesejahteraan hidup di dunia dan lebeh lagi diakhirat nanti. Harapan kita semoga mendapat ganjaran syurga serta dijauhkan daripada siksaan api neraka. Janganlah ia berlalu saperti Fatamorgana, dapat dilihat tetapi tidak boleh dicapai.

• Ambillah pengajaran daripada bencana yang terjadi saperti kejadian gempa bumi, banjir serta tsunami. Ini merupakan bala'. Betapa berkuasanya Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914