Ustaz Anas 251213
Kuliah subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
- Ramai orang Islam sering mengucapkan Selamat Hari Natal atau Merry Christmas
- Perbuatan ini seperti bersetuju dengan perayaan orang orang nasrani yang menyatakan yang Allah SWT itu mempunyai anak
- Walaupun nampaknya kecil tetapi perbuatan ini berkemungkinan akan merosakkan akidah orang Islam. Yang mempercayai akan ketauhidan Allah SWT.
- Manusia yang mengenalkan akan Allah SWT akan merasa gerun takut untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Takut akan siksaan dihari akhirat kelak.
- Sebagai seorang mukmin kita hendaklah berpandukan amalan kita dengan sunnahh Rasulullulah SAW.
- Haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu 'alaihi Wa Sallam,
Ertinya : "Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka". [Hadits Riwayat Abu Daud] - Orang Islam mempunyai aqidah yang tidak disukai oleh orang orang kafir. Lipatan sejarah menunjjukkan betapa zalimnya mereka keatas orang muslim
- Dinusantara asalnya diperintah oleh kerajaan melayu Islam. Tetapi apabila dijajah oleh orang kafir, mereka telah melakukan berbagai kezaliman terhadap orang mukmin.
- Kejatuhan kerajaan Islam adalah kerana kita satu ketika mula meninggalkan ajaran Al Quran dan As Sunnah. Bagaimana umat Islam hari ini?
- Untuk mencapai kejayaan orang Islam hendaklah kembali kepada Al Quraan dan As Sunnah.
- Wassalam
Sent from Evernote |
Comments