Ustaz Shamsuddin 180114
Kuliah Subuh, Masjid Al Huda
- Mencari kawan hendaklah mencari orang yang baik akhlaqnya dan kuat agamanya
- Sekiranya kawan itu lebih baik daripada diri kita maka terasa kekurangan didalam diri. Jadi memberi kesedaran untuk menambah baik sehingga ketahap yang lebih tinggi.ibi
- Tetapi sebaliknya jika diri kita dikelilingi dengan orang yang kurang baik, maka terasa diri kita ini dah cukup baik. Saolah olah handal sangat lah kita ini.
- Dari segi kekuatan amalan agama, yang lebih baik adalah kita berkawan dengan orang yang lebih tinggi kekuatan agamanya.
- Kita akan melihat akan kekurangan didalam diri kita. Maka dapatlah kita mempertingkatkan ilmu dan amalan agama. Supaya kita menjadi lebih baik serta mencapai kejayaan.
- Menjauhi diri daripada berkawan rapat dengan orang yang tidak baik akhlaq dan agamanya. Kerana mereka ini akan cuba menarik kita menjadi seperti mereka.
- Wassalam
Sent from Evernote |
Comments