Ustaz Shamsudin 161113

Kuliah subuh, Masjid Al Huda
  • Manusia sepanjang hidupnya bergantung kepada Allah SWT
  • Sekiranya ada manusia yang mengaku yang dia tidak ada keperluan dengan Allah SWT maka itu sungguh menakjupkan. Atau dia merupakan seorang yang jahil. Rugi...
  • Manusia dari mula hidupnya hinggalah dia mati semuanya didalam ketentuan Allah SWT.
  • Tidak terlepas sesiapapun dari ketetapan ini. 
  • Makhluk ciptaan Allah SWT tidak kekal. Yang kekal hanya satu...iaitu Allah SWT.
  • Apabila sampai masanya setiap orang akan meninggalkan dunia ini. Ini adalah ketetapan Allah SWT.
  • Hairan sekali masih ada yang ingat bahawa dia tidak perlu akan pertolongan Allah SWT.
  • Dia fikir yang dia mempunyai kekuatan untuk melarikan diri daripada ketetapan Allah SWT
  • Itulah kesesatan...
  • Perlulah setiap manusia bersedia untuk bertemu dengan Allah SWT. Melakukan amal yang soleh. Hidup didalam lingkungan syariaat.
  • Janganlah menjadikan kecintaan kepada dunia melebihi akan kecintaan kepada Allah SWT. Bersedia untuk bertemu dengan Allah SWT.
  • Hakikatnya setiap makhluk tidak kekal. Apabila sampai masanya akan hancur. Yang kekal hanya sanya adalah Allah SWT
  • Orang yang tidak dapat memahami akan hakikat ini adalah orang yang buta mata hatinya.

Wassalam
Sent from Evernote

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809