Ustaz Jefri 180114
Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
- Sifat dusta adalah daripada syaitan. Maka bagi orang mukmin haram baginya berdusta.
- Bagi orang Islam bersikap benar dan jujur adalah tuntutan agama.
- Orang sidiqin adalah ahli syurga. Semasa hidupnya didunia ia mempunyai sifat jujur.
- Tingkatan yang lebih tinggi didalam syurga adalah mereka yang memelihara akan silaturrahim.
- Tingkatan yang tertinggi didalam syurga adalah mereka semasa didunia ini mempunyai akhlaq yang murni.
- Benteng bagi orang beriman daripada godaan syaitan adalah :
- Masjid
- Jangan jadikan masjid seperti pasar
- Bercakap benar semasa didalam masjid
- Bergegas kemasjid apabila azan berkumandang
- Zikrullah
- Para ulama menggalak mukmin berzikir selepas solat
- Memperbanyakkan membaca Quran
- Masjid
- Orang yang tidak jujur adalah dari kalangan orang yang rendah akhlaqnya.
- Bersikap benar itu adalah satu kebajikan. Setiap kebajikan ganjarannya adalah Syurga.
- Sikap berdusta merupakan satu kezaliman. Satu perbuatan jahat yang ganjarannya adalah neraka...
- Golongan orang yg tidak memasuki syurga...
- Orang berjihad bukan kerana Allah SWT
- Hartawan yang membina kemudahan awam yang melakukan kerana dia dipuji kelak
- Orang yang pandai membaca quran yang suka dipuja akan kemerduan suaranya.
- Orang beriman hendaklah bersama dengan orang yang benar. Menengak akan kebenaran walaupun tidak sisukai oleh orang ramai.
- Orang yang beriman juga hendaklah bersikap tawadho'
- Melayan sesama muslim tanpa perbezaan pangkat dan kedudukan
- Tawadho' juga menjauhkan diri daripada sikap takabur dan sombong
- Sikap ini merugikan diri...
- Contoh terbaik seorang yang bertawadho' adalah Nabi Muhammad SAW
- Untuk mempunyai hati yang mulai perlulah dididik semasa bersolat. Khusyu' semasa bersolat akan mendidik hati daripada penyakit ujub, riya' dan sombong
Sent from Evernote |
Comments