Ustaz Irwan Shah 110715
Kuliah Subuh
Masjid Al Huda Shah Alam
Masjid Al Huda Shah Alam
- Puasa sunat dibulan shawal itu ada kelebihannya
- Pada kaum ibu yang berpuasa ganti wajib dibulan Ramadhan, maka akan juga mendapat pahala puasa sunat enam hari bulan Syawal
- Sekira mereka berniat berpuasa sunnat dibulan Shawal maka dia hanya mendapat pahala berpuasa sunnat. Puasa wajib ganti tidak tertunai.
- Didalam Ramadhan ramai mengerjakan sunat sunnat maka selepas ini perlulah diamalkan solat-solat sunnat
- Dipohon agar amalan solat berjemaah didalam bulan Ramadhan dapat dijadikan amalan rutin dibulan yang lain.
- Perlulah bagi orang yang beriman memohon kepada Allah SWT agar diberi kekuatan mempertahankan intensiti beribadat seperti dibulan Ramadhan.
- Dibulan Shawal hendaklah diberikan hak kepada orang yang dikasihi seperti ibu bapa. Menziarahi serta bermesra dengan mereka.
- Menziarah adalah satu amalan yang baik dibulan Shawal. Mengeratkan silaturahim dengan sanak saudara dikampung halaman
- Apa sahaja pendidikan yang dinikmati didalam bulan Ramadhan hendaklah diteruskan. Seperti amalan bersedekah dan membantu anak anak yatim.
- Memperbanyakan amalan berdoa seperti diamalkan dibulan Ramadhan didalam bulan-bulan yang lain
- Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote. |
Comments