Ustaz Yusuf 050415

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda Shah Alam
  • Pemimpin didalam Islam mempunyai kedudukan yang istimewa
  • Begitu juga dengan tanggung jawab yang perlu dipikulkannya
  • Dalam Shahih Bukhari Muslim disebutkan, Rasulullah bersabda, "Tidaklah ada seseorang hamba yang Allah beri kepercayaan untuk memimpin, kemudian pada saat matinya dia berada dalam (keadaan) melakukan penipuan terhadap rakyatnya, kecuali akan diharamkan atasnya untuk masuk syurga."
  • Al Quran  adalah sumber rujukan kepada orang yang beriman. Malah lebih diperlukan oleh para pemimpin
  • Segala kisah yang tertera didalam Al Quran itu benar. Mempunyai pengajaran yang relevan bagi manusia sepanjang zaman
  • Ulama' memimpin rakyat dan juga raja untuk menghayati ajaran Al Quran. Tidaklah mereka takut untuk menyatakan kebenaran.
  • "Agama adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya: Kepada siapa? Berkata Rasulullah: Kepada Allah dan kepada kitabNya serta RasulNya dan juga para pemimpin orang Islam dan semua umat Islam"(Riwayat Muslim)
  • "Adapun menyembunyikan kesalahan yang disunatkan di sini, maka maksudnya adalah memnyembunyikan kesalahan orang-orang kenamaan (pemimpin dan orang yang berjasa yang tidak masyhur dengan perbuatan jahat dan kerosakkan) serta seumpama dengannya. Yang terdiri dari mereka yang bukan terkenal dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka disunatkan agar tidak disembunyikan perbuatnnya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa sekiranya tidak dikhuatiri kemudaratan dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikannya semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memperkosa segala maruah dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mencontohinya.." (Syarah Sahih Muslim karangan Imam An-Nawawi 16/135)
  • Didalam Al Quran terdapat kisah Nabi Yusuf yang menghadapi fitnah dan kerakusan pemimpin yang zalim
  • Kisah itu merupakan teladan bagi orang yang beriman dan juga para pemimpin
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809