Ustaz Jefri 210315
Kuliah Maghrib
Masjid Al Huda Shah Alam
Masjid Al Huda Shah Alam
- Manusia harus peka akan kejadiannya. Daripada alam rahim hinggalah kepada alam akhirat.
- Bahawa roh sesaorang itu berpindah dari satu alam kepada alam yang lain.
- Didunia ini Allah SWT memasukkan roh itu kedalam jasadnya. Buat sementara waktu hingga ia berpindah kealam yang lain.
- Jadi jasad itu dijadikan untuk kegunaan roh semasa didunia ini. Buat sementara waktu sahaja.
- Jasad dan harta benda merupakan fizikal yang sementara. Untuk berbakti kepada roh. Mengikut kehendak Allah SWT.
- Hakikat ini senang bagi orang yang beriman, tetapi susah dimengerti oleh orang yang tidak yakin dengan janji Allah SWT.
- Nafsu itu makanan jasad. Walhal roh makananya adalah beribadah kepada Allah SWT sebanyak mungkin sebagai bekalan dialam akhirat. Jadi nafsu itu sentiasa berkonflik dengan roh.
- Nafsu syahwat merupakan peperangan yang berterusan. Jasad merasa nikmat apabila memuaskan nafsu. Tetapi roh pula tertekan jika ia kalah dengan nafsu.
- Hati yang mati itu terjadi apabila manusia sentiasa melakukan dosa serta didalam kegelapan untuk mencari kebenaran jadi akan membawa manusia menuju neraka.
- Walhal roh memerlukan kepada hati yang bersih supaya ia bercahaya, serta dapat melihat jalan menuju kesyurga.
- Hati yang bersih sentiasa mengingati akan Allah SWT. Sebagai makanan kepada roh.
- Solat merupakan ibadah yang akan membawa manusia kepada selalu mengingati Allah SWT. Orang yang mendirikan solatnya secara khusyuk maka hatinya akan menjadi bersih dan sentiasa mengingati NYA.
- Allah SWT tidak menilai manusia akan warna kulit, keturunan, pangkat atau harta kekayaan. Tetapi Allah SWT melihat hati manusia yang bertaqwa. Manusia yang beramal dengan bersungguh sungguh.
- Hati yang bersih bersangka baik kepada sesama mukmin. Tidak mencari aib saudaranya. Bersikap lembut kepada saudara mukminnya. Inilah cara yang diajarkan Rasulullah SAW.
- Wassalam
Sent from my iPad
Comments