Ustaz Shamsuddin 210315

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda Shah Alam
  • Orang yang beriman hendaklah sentiasa bersyukur kepada nikmat yang dianugerahi Allah SWT
  • Nikmat yang paling istimewa adalah hidayah memeluk agamaNYA iaitu ISLAM
  • Nikmat yang telah dianugerahi itu jika tidak disyukuri maka Allah SWT akan menariknya semula. Terutama perkara yang melibatkan hukum
  • Orang yang beriman mengetahui bahawa segala apa yang dinikmatinya didalam dunia ini adalah diatas kehendak Allah SWT.   Termasuk segala nikmat beragama dengan syariat serta segala ajarannya yang memberi cahaya didalam kehidupan ini.
  • Nikmat pertunjuk didalam ajaran agama Islam adalah membawa kita daripada hidup didalam kegelapan jiwa kepada nur iman.
  • Saidina Omar Abdul Aziz menyarankan kita menyebutkan nikmat yang dianugerahi Allah SWT. Kerana dengan menyebut akan nikmat tersebut akan menimbul kesyukuran didalam hati.
  • Kesyukuran akan nikmat yang diterima tidak boleh dihitung samaada sikit atau banyak.  Kerana manusia tidak mungkin menghitung akan nikmatNYA.
  • Bersyukur itu dilakukan melalui hati, lisan dan anggota badan.
  • Bersyukur dengan anggota badan adalah menggunakan anggota itu secara yang diminta oleh agama. Tidak melakukan perkara yang tidak baik serta maksiat.
  • Perkara yang baik perlulah disampaikan kepada orang ramai. Tetapi yang buruk perlulah disimpan.
  • Bersyukur orang yang beriman adalah dengan melakukan segala yang diminta oleh agama. Serta menjauhkan siri daripada melakukan perkara yang terlarang.
  • Wassalam

Sent from my iPad

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809