Ustaz Abdul Halim 300820

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman wajib mengenali akan segala zat Allah SWT. Mengenal akan diri kita dapat membantu kita mengenali NYA. Kita mempunyai banyak kelemahan tetapi DIA tidak mempunyai apa apa pun kelemahan dan kekurangan. DIA yang maha berkuasa dan yang maha sempurna.

• Manusia ada yang lupa akan dirinya. Bagaimana ia dijadikan. Betapa lemahnya. Tetapi bersikap sombong hingga dia tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Tidak takut akan kemurkaan NYA. Mereka bagaikan lupa akan kenyataan.

• Allah SWT memberi petunjuk kepada manusia. Dilantik nabi nabi dan rasul  dikalangan manusia sepanjang zaman untuk membawa risalah NYA. Tetapi ramai juga manusia yang kafir kepada NYA.

• Dizaman ini masih ramai orang yang tidak mempercayai akan Allah SWT. Menolak agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Tidak mahu menerima Islam. Ada yang menyimpang daripada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mengaku diri mereka Nabi dan membawa agama baru yang terang- terang menyimpang daripada jalan yang benar.

• Kenikmatan hidup didunia ini telah melalaikan ramai manusia. Lupa akan ajaran yang diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Maka mereka ini ditimpa bala' didunia dan akan menerima siksaan diakhirat nanti.

• Islam adalah agama yang benar. Yang lainnya adalah batil. Risalah Islam dibawa oleh semua Nabi dan Rasul. Daripada Nabi Adam hinggalah Nabi Muhammad. Sesiapa yang berpegang teguh kepada nya akan mendapat kemenangan hidup didunia dan diakhirat. Tempatnya diakhirat adalah syurga. Sesiapa yang ingkar maka akan ditimpa kesusahan didunia dan akhirat. Tempat mereka di neraka kelak.

• Orang yang beriman selalu mengingati Allah SWT. Berzikir kepada NYA. Yakin akan pertemuan dengan Allah SWT diakhirat kelak.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914