Ustaz Yahya 050820

Kuliah Maghrib

• Kejadian Civid 19 telah banyak mengajar kita akan petunjuk Allah SWT. Hendak melakukan ibadah juga terbatas. Contohnya tahun ini ibadat Qurban dilakukan dengan SOP yang ketat. Begitulah dengan ibadah yang lain seperti solat dan ibadah haji.

• Sekiranya masalah ini berpanjangan maka akan menimbulmkan berbagai tekanan kepada orang-orang yang beriman. Takut yang ibadah yang dilakukan tidak sempurna. Timbul tanda tanya bagaimana dengan bekalan akhirat kita. Bolehkah sampai ke syurga.

• Maka wadah untuk beribadat perlulah diperbagaikan. Tidak tertumpu kepada ibadah ibadah yang lazim sahaja. Semenjak kejadian manusia lagi Allah SWT sentiasa menurunkan RahmatNYA kepada hamba hamba NYA.

• Pertunjuk yang diberikan kepada hamba hamba NYA tidaklah secara terus. Tetapi melalui manusia manusia pilihan. Daripada Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Dengan wahyu yang diturunkan oleh para malaikat. Ada juga yang mendapat wahyu secara terus daripada NYA.

• Setelah wafatnya Baginda Rasulullah SAW wadah agama ini diteruskan oleh para sahabat, tabiin, tabiin tabiin, serta para ulama'. Para ulama' dan para wali mereka yang berjuang membawa wadah agama Islam hinggalah ke hari ini.

• Maka untuk orang yang beriman perlulah berpegang kepada pandangan para ulama yang muktabar. Jadilah mereka sebagai contoh untuk seseorang mukmin meneruskan amalan yang soleh. Tidak kira diwaktu dan keadaan yang apa pun. Yakinlah bahawa para ulama dapat memberi panduan kepada ummah.

• Seseorang itu tidak mungkin beribadat dengan sempurna tanpa mempelajari daripada guru-guru yang merupakan para ulama dan juga wali Ullah.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914