Ustaz Shamsuddin 090820

Kuliah Subuh

• Sebahagian daripada orang yang soleh, murabi dan para wali tidak berdoa kepada Allah SWT.

• Mereka ini merasa malu untuk meminta kepada Allah SWT. Yakin bahawa apa sahaja yang terjadi kepadanya telah pun ditentukan oleh NYA. Tetapi mereka tidak terlepas daripada mengingati NYA.

• Mereka yakin bahawa setiap rezeki para makhluk telah pun ditetapkan.

• Mereka ini kuat berusaha. Berjaya atau tidak bergantung dengan ketentuan Allah SWT. Dia ini redha dengan apa yang telah ditetapkan.

• Walaubagaimanapun ada para ulama' menyatakan ada hadis yang menggalakkan berdoa. Bahawa doa itu satu ibadah. Melakukan ibadah itu lebih baik daripada meninggalkannya. Bagi seorang hamba yang beriman menerima apa sahaja ketentuan, diterima atau tidak doa tersebut.

• Pendapat ini kuat menyatakan bahawa Allah SWT suka kepada hambaNYA yang berdoa. Tanda seseorang itu seorang hamba yang mengharap akan kebesaran NYA.

• Ada juga ulama' yang tidak berdoa. Mereka berdiam sahaja. Menerima sahaja akan apa yang ditentukan Allah SWT. Mereka yakin akan qada'dan kadar. Mereka takut akan keterlanjuran sangka kepada NYA jika doa itu diterima atau tidak diterima.

• Takut jika doa mereka diterima timbul riak didalam hati mereka. Jika doa itu tidak diterima mereka takut yang timbul bersangka buruk didalam hati kepada Allah SWT.

• Mereka berpegang yang orang yang selalu mengingati kepada Allah SWT setiap masa akan diberi rahmat lebih baik daripada orang yang berdoa.

• Ada para ulama yang berpegang kepada kedua-dua pendapat. Mereka secara lahirnya melafazkan doa. Tetapi secara rohaninya menerima sahaja apa yang ditentukan oleh Allah SWT.

• Ada juga para ulama' berpendapat ada waktunya berdoa lebih baik daripada berdiam. Contohnya diwaktu Covid19 ini berdoa itu lebih baik.

• Prinsip agama yang mereka berpegang adalah didalam keadaan yang sempit hendaklah diluaskan. Didalam keadaan yang luas hendaklah disempitkan.

• Bagi orang yang tinggi amalan solehnya mereka ini berpandu kepada hatinya. Ada kala hatinya hendak berdoa. Ada kala yang lain dia berdiam sahaja.

• Ada riwayat yang Allah SWT suka kepada hambaNYA yang meminta dan memohon. Suka kepada hamba itu sehingga diperintahkan kepada Jibrail supaya dilambatkan perkenan doa itu kerana biar dia berdoa lagi. Tetapi ada orang yang berdoa yang Allah SWT tidak suka. Maka diperintahkan kepada Jibrail dicepatkan perkenan kerana DIA tidak mahu mendengar lagi permohonan hamba itu.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914