Ustaz Jihad 220820

Kuliah Subuh

• Akhlak yang baik orang orang Soleh adalah mereka mengambil berat akan hal keadaan para sahabat mereka.

• Mereka bersahabat kerana menginginkan keredhaan Allah SWT. Mengikut apa yang dikehendaki oleh syariat.

• Para sahabat mereka mengambil berat akan keadaan keluarga sahabat yang lain. Begitu juga mereka mengambil berat akan hal keadaan Baginda Rasulullah SAW.

• Semasa Baginda Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, ramai kabilah yang menghendaki yang Baginda singgah di rumah mereka.

• Para sahabat kaum Ansar membantu kaum Muhajirin semasa hijrah. Ada yang mempunyai lebih dari satu rumah, diberi tempat tinggal kepada kaum Muhajirin. Mereka juga memberi makan.

• Mereka membantu sahabat-sahabat yang susah dan didalam keadaan yang memerlukan bantuan. Sehingga ada riwayat yang menceritakan keperihatinan ini berlanjutan hingga ke hari akhirat.

• Sekiranya ada sahabat sahabat yang bertelingkah cepat sahabat lain mencari usaha untuk mendamaikan.

• Orang orang yang soleh juga menghindarkan diri mereka daripada hasutan iblis dan syaitan.

• Mereka tahu yang si iblis ini berbagai cara merosakkan ibadah orang mukmin.

• Tipu daya iblis membuat seseorang itu rasa bongkak akan ibadah yang mereka lakukan. Bersikap siak akan amalan mereka.

• Maka perlulah seseorang yang beriman mempunyai ilmu yang cukup untuk melawan godaan iblis.

• Iblis menakut nakutkan orang beriman daripada kemiskinan jika dia bersedekah. Dan lama kelamaan jika dia tidak berjaga maka ia akan menjadi orang yang bersikap kedekut. Sikap kedekut ini tidak disukai Allah SWT.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914