Ustaz Abdul Halim 250922
Kuliah Subuh • Berzikir kepada Allah SWT setiap ketika. Boleh dilakukan sambil berdiri, duduk, berbaring dan apa sahaja keadaan. • Solat yang dilakukan dengan baik juga ditakrifkan sebagai zikir. • Suami isteri yang bangun malam untuk menunaikan solat malam juga dikira sebagai berzikir. • "Jika seseorang lelaki (suami) itu bangun malam, dan mengejutkan isterinya (dari tidur), lalu mereka berdua solat dua rakaat, maka kedua mereka akan dicatat dari golongan yang banyak mengingati Allah." (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bayhaqiy) • Membaca doa Mathurat yang dilakukan juga dianggap sebagai berzikir. Kerana ini merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat. • Orang yang sedang berhadas kecil atau besar dibolehkan berzikir. Sama ada secara didalam hati atau secara lisan. Yang dilarang adalah membaca Al Quran ketika berhadas besar. Walau bagaimanapun membaca didalam hati tanpa melafazkannya dibolehkan. • Melafazkan ayat "Innalillah wainnalillah hiroj...